• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dibelasah Enggan Sertai Geng Samseng

oleh Ahmad Albab
17/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Seorang pelajar tingkatan satu cedera dipukul sekumpulan remaja lelaki kerana enggan menyertai kumpulan samseng.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat memberitahu, mangsa diserang pada Khamis lalu, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

“Beberapa remaja lelaki menghampiri mangsa kemudian menariknya ke kawasan perumahan berhampiran dan menolak mangsa sehingga terjatuh ke dalam longkang.

“Mangsa dipercayai dipukul kerana enggan menyertai kumpulan samseng disertai suspek. Akibatnya mangsa cedera di tangan, calar di belakang badan serta luka di kaki,” katanya.

Menurutnya, suspek bagaimanapun berhenti memukul mangsa dan melarikan diri selepas ternampak pasukan polis melakukan rondaan di kawasan berkenaan.

“Susulan kejadian itu, polis menahan seorang remaja berusia 13 tahun bagi membantu siasatan. Siasatan mendapati suspek tidak bersekolah lebih dua tahun.

“Siasatan terperinci dijalankan bagi mengenal pasti sama ada suspek terlibat kegiatan gengsterisme,” katanya.

Polis juga kini memburu saki baki rakan suspek bagi membantu siasatan.

“Mangsa yang cedera di tangan, bahagian belakang badan dan kaki telah dirujuk ke hospital bagi mendapat rawatan,” katanya. – Sinar Harian Online

Tags: kes pukulpelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

21/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua pelajar Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) maut selepas terjatuh dari tempat tinggi melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd