• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cipta Rekod Beg Tangan Terbesar Di Dunia Membazir – DAP

oleh Ahmad Albab
19/05/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pembangkang membidas rancangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menghasilkan beg tangan terbesar di dunia dan sofa terpanjang di Malaysia bagi dicatat dalam ‘Guinness World Records’.

Ahli Parlimen Segambut DAP, Lim Lip Eng berkata, projek dengan kerjasama dengan sebuah syarikat latihan kraftangan, Mostwell Sdn. Bhd. satu pembaziran dan tidak bermanfaat kepada rakyat.

“Ia satu usaha ke arah pembaziran dan isyarat menunjukkan bahawa DBKL lebih suka menghabiskan sumbernya kepada perkara yang bukan-bukan.

“Kenapa perlu bazirkan sumber tenaga kerja, masa dan wang ringgit untuk menghasilkan sesuatu yang tidak memberi manfaat kepada orang ramai,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Lip Eng berkata, lebih baik DBKL menunjukkan rasa teruja yang serupa dalam usaha mencipta rekod penjagaan tandas awam terbersih atau taman awam terbaik dalam `Guinness World Records’.

Katanya, DBKL wajar juga mencatatkan rekod menangkap tikus dari lorong kedai atau mengutip sampah paling banyak di Sungai Klang.

“Usaha menghasilkan beg terbesar di dunia dan sofa terpanjang di Malaysia ini menunjukkan seolah-olah DBKL tak ada kerja lain demi kebaikan penduduk ibu kota,” dakwanya.

DBKL semalam mengumumkan kerjasama dengan syarikat latihan kraftangan, Mostwell Sdn. Bhd. untuk menghasilkan beg tangan terbesar di dunia dan sofa terpanjang di Malaysia.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dipetik berkata, ia menggunakan pakaian jeans dan kemeja terpakai yang masing-masing akan dicatat dalam ‘Guinness World Records’ dan ‘Malaysia Book of Records’.

“Beg itu boleh memuatkan dua buah kereta Myvi kerana panjangnya ialah 25 kaki, lebar 10 kaki dan tinggi 18 kaki,” kata Ahmad Phesal. – Mynewshub.cc

Tags: DAP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – DAP menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk pengundi yang berada di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura pulang...

PRN Johor: Mampukah BN Tawan Semula DUN Penggaram?

PRN Johor: Mampukah BN Tawan Semula DUN Penggaram?

02/07/2026
0

BATU PAHAT - Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini menyaksikan DUN Penggaram sekali lagi menjadi antara kerusi yang paling...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd