• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chong Wei Tuntut Pasukan Negara Tebus Kegagalan Piala Sudirman

oleh Ahmad Albab
06/05/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Pasukan badminton negara mesti memberi komitmen penuh pada Kejohanan Piala Sudirman yang bermula Ahad ini bagi menebus kegagalan skuad negara dua tahun lepas, kata ketua pasukan Datuk Lee Chong Wei.

Jaguh badminton negara itu yakin gandingan pemain lama dan baharu bagi edisi kali ini di Dongguan, China mampu memperkuatkan semangat pasukan untuk layak ke suku akhir pada kejohanan itu nanti.

Selaku ketua pasukan, Chong Wei berkata beliau akan berusaha mendapatkan mata pertama sebagai suntikan semangat kepada pasukan memberi kemenangan dalam perlawanan itu nanti.

“Sebelum ini kita pernah bincangkan, sama ada saya menang atau kalah, pasukan tidak boleh putus asa. Piala Sudirman adalah acara berpasukan campuran. Secara peribadi semestinya saya akan memberi yang terbaik dan mata pertama untuk pasukan adalah penting.

“Saya yakin skuad negara mampu mengulangi kejayaan pada Piala Thomas tahun lepas… sebab kali ini adalah ‘mixed team’. Saya harap pemain muda dapat menunjukkan kemampuan mereka,” katanya kepada pemberita sebelum beliau dan pasukan badminton negara berlepas ke Dongguan, China di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini.

Malaysia berada dalam kumpulan 1D dijadualkan menentang Korea Selatan pada Ahad ini seterusnya bertemu India pada keesokan harinya. Piala Sudirman berlangsung selama tujuh hari.

Ketika Malaysia menjadi tuan rumah pada kejohanan dwitahunan itu, skuad badminton negara tersingkir awal pada perlawanan peringkat kumpulan yang diundi bersama Jerman dan Taiwan.

Chong Wei berkata beliau yakin dengan kehadiran Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost Hansen banyak memberi pembaharuan dalam sistem kejurulatihan skuad badminton negara.

“Pasukan kali ini baharu dan kuat, skuad negara ada peluang ke suku akhir. Setiap pemain perlu memberi aksi cemerlang untuk pasukan,” katanya.

Bekas pemain nombor satu dunia itu juga menjangkakan pertembungan sengit dengan pemain perseorangan dari Korea Selatan, Son Wan Ho yang kini menduduki ranking kelima dunia.

“Saya mungkin akan menentang Son Wan Ho. Prestasi beliau semakin baik, tetapi saya tidak fikir siapa pesaing saya… yang penting adalah diri sendiri perlu fokus untuk menang,” katanya.

Chong Wei akan mengetuai cabaran negara pada Piala Sudirman bersama-sama Cheam June Wei dalam acara perseorangan lelaki; Tee Jing Yi dan Lim Yin Fun (perseorangan wanita); V Shem/Wee Kiong dan Teo Kok Siang/Mak Hee Chun (beregu lelaki); Vivian/Khe Wei dan Amelia/Fie Choo (beregu wanita) dan Chan Peng Soo/Goh Liu Ying dan Wong Fai Yin/Chow Mei Kuan (beregu campuran). – BERNAMA

Tags: Lee Chong Wei
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pantai Bogel Pertama Afrika Selatan Dapat Sambutan Ramai

Next Post

“Penuntut Pedofil.. Haruskah Condemn Selamanya?”

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Adakala Muntah Di Gelanggang, Otot Kejang Ketika Balik Ke Rumah

28/12/2019
0

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih yang membantu beliau sehingga terkenal...

Next Post

"Penuntut Pedofil.. Haruskah Condemn Selamanya?"

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd