• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CBF Sumbang RM100,000 Bantu Mangsa Gempa Bumi Nepal

oleh Ahmad Albab
08/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel hari ini menyampaikan cek replika sumbangan sebuah pertubuhan Community Builders Foundation (CBF) bernilai RM100,000 kepada mangsa gempa bumi di Nepal.

Palanivel menyerahkan cek replika itu kepada Duta Nepal di Malaysia Dr Niranjan Man Singh di pejabatnya di sini.

CBF merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk memperkasa masyarakat.

Pada majlis itu, Palanivel turut menyeru lebih ramai rakyat negara ini tampil menghulurkan pelbagai bentuk sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa bencana alam itu.

Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda Nepal di kawasan antara ibu negaranya, Kathmandu dengan bandar Pokhara pada 2.56 petang (waktu Malaysia), 25 April.

Palanivel yang juga Presiden MIC berkata sehingga kini Yayasan Strategik Sosial di bawah seliaan MIC berjaya mengumpul lebih RM100,000 dan sedang menunggu masa yang sesuai untuk disumbangkan kepada mangsa.

Sementara itu, Niranjan mengucapkan terima kasih kepada Malaysia yang bertindak segera membantu negara itu.

“Kerajaan Malaysia telah menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia atau SMART bersama peralatan yang diperlukan ke Nepal dengan doktor perubatan daripada pertubuhan sukarela – MERCY Malaysia dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia,” katanya.

Niranjan berkata mangsa kini berdepan dengan masalah kekurangan makanan, khemah, selimut, pakaian dan perubatan. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=F5CLaU2h5cU

Tags: G.PalanivelNEPAL
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gambar: Obses Dengan Pil Kurus, Akhirnya Tinggal Tulang

Next Post

ESSCom Sahkan Terima Laporan Kes Rompakan Di Pulau Bait

Related Posts

VIDEO: Sempat Buat FB Live Sebelum Maut Pesawat Terhempas

VIDEO: Sempat Buat FB Live Sebelum Maut Pesawat Terhempas

16/01/2023
0

KATHMANDU: Satu rakaman video tular dalam media sosial memaparkan detik-detik terakhir penumpang berada di dalam pesawat Yeti Airlines sebelum ia...

4 Warga Nepal Sokong Penghinaan Terhadap Nabi Muhammad Ditahan

16/06/2022
0

Kuala Lumpur : Polis menahan empat warga Nepal dipercayai individu yang videonya tular kerana menyatakan sokongan terhadap kenyataan ahli politik...

Next Post

ESSCom Sahkan Terima Laporan Kes Rompakan Di Pulau Bait

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd