• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Blatter Cipta Sejarah Presiden FIFA 5 Penggal

oleh
31/05/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

ZURICH – Di sebalik skandal rasuah terburuk dalam sejarah 111 tahun Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), badan sukan itu masih mencipta rekod tersendiri pada kongres ke-65 di sini pada Jumaat.

Penyandang jawatan presiden, Joseph Sepp Blatter sekali lagi menang bergaya apabila lawannya menarik diri pada saat-saat akhir pemilihan pusingan kedua, sekali gus beliau memimpin FIFA untuk lima penggal berturut-turut.

Secara tidak langsung, warga Switzerland berusia 79 tahun itu akan menjadi orang ‘nombor satu’ badan induk bola sepak dunia itu selama 21 tahun; iaitu rekod ketiga paling lama dalam sejarah FIFA sejak ditubuhkan pada 1904.

Sebelum ini, rekod sebagai presiden terlama dipegang oleh rakyat Perancis, Jules Rimet iaitu 33 tahun dari 1921 sehingga 1954 dan rekod kedua pula disandang warga Brazil, Joao Havelange selama 24 tahun (1974-1998).

Blatter yang menggantikan Havelange pada 1998; dilaporkan telah memenangi pemilihan pusingan pertama mengalahkan pencabarnya, Putera Ali Al Hussein dari Jordan dengan undian sebanyak 133 lawan 73 suara.

Ini bermakna ada tiga suara daripada 209 perwakilan yang tidak membuang undi, sekali gus menyebabkan tiada pemenang memperoleh kemenangan majoriti dua pertiga serta membawa pula kepada pusingan berikutnya.

Blatter sejak dari awal lagi diramalkan bakal menang di sebalik skandal kontroversi penyelewengan ramai pemimpin kanan FIFA beberapa hari sebelum kongres berlangsung dan pertikaian usianya yang terlalu tua.

Namun, lima minit sebelum pengundian pusingan kedua, Ali mengumumkan secara mengejut untuk menarik diri dan memberi laluan kepada Blatter menang tanpa bertanding sebagai Presiden FIFA penggal 2016-2019.

Pemimpin pertama FIFA ialah Robert Guerin dari Perancis yang menjadi presiden selama dua tahun bermula 1904 dan sehingga kini organisasi sukan popular dunia tersebut telah memiliki lapan presiden. – Agensi/H.A.AMREE

Tags: bola sepakFIFASepp BlatterSukan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bola Keranjang Projek Sukan Terbaharu JDT

Bola Keranjang Projek Sukan Terbaharu JDT

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail memaklumkan bola keranjang bakal menjadi projek...

Peter Cklamovski Umum Tinggalkan Harimau Malaya, Mahu Sahut Cabaran Baharu

Peter Cklamovski Umum Tinggalkan Harimau Malaya, Mahu Sahut Cabaran Baharu

18/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR  - Jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Peter Cklamovski hari ini mengumumkan beliau akan meninggalkan jawatan sebagai Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd