• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Maut Dalam Perjalanan Pergi-Balik Kerja Setiap Hari

oleh Ahmad Albab
26/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Sebanyak dua daripada tiga kematian berkaitan pekerjaan yang dicatatkan di negara ini setiap hari melibatkan kes kemalangan maut ketika pergi atau pulang dari tempat kerja, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Beliau berkata pada tahun lepas sebanyak 933 kematian berkaitan pekerjaan direkodkan dengan 646 daripadanya adalah akibat kemalangan jalan raya yang kebanyakannya berlaku sekitar lima kilometer dari tempat kerja.

Katanya kajian Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mendapati 76.9 peratus kemalangan perjalanan melibatkan motosikal dan sering terjadi pada waktu kerja syif pagi iaitu 68.8 peratus.

Riot berkata secara keseluruhannya terdapat 28,037 kes kemalangan ketika pergi dan balik kerja pada 2014, meningkat 62 peratus berbanding 10 tahun lepas iaitu 17,297.

“Antara punca kemalangan yang dikenal pasti adalah seperti pengurusan masa, sikap tergesa-gesa, kelesuan, kurang tumpuan, ketidakstabilan kenderaan dan juga pemakaian yang samar semasa menunggang motosikal,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Perjalanan Selamat Peringkat Kebangsaan Perkeso 2015 dengan kerjasama Malaysia Airports Holdings Berhad, di sini, hari ini.

Riot berkata kempen bertemakan ‘Janji Selamat Pergi Balik Kerja’ itu memberi fokus kepada pekerja yang menunggang motosikal ke tempat kerja sebagai kumpulan sasaran utama.

Menurutnya kempen itu menyasarkan lebih 200 program advokasi, 100 program menunggang motosikal secara selamat serta pemberian topi keledar dan pelekat keselamatan yang akan dilaksanakan oleh majikan-majikan terpilih di seluruh negara.

Katanya, walaupun usaha mengurangkan kemalangan jalan raya turut dilaksanakan oleh kementerian dan pelbagai agensi lain, namun kempen seumpama ini yang menyasarkan golongan pekerja adalah amat penting.

“Kempen ini adalah tambahan kepada usaha yang dibuat oleh agensi lain dan ini adalah amat penting memandangkan enam juta pekerja di negara ini adalah pencarum Perkeso,” katanya.

Tambahnya pada tahun ini Perkeso meluluskan bantuan kewangan berjumlah RM4.3 juta kepada 27 institusi termasuk badan bukan kerajaan (NGO) untuk menjalankan 589 program berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. – BERNAMA

 

Tags: kemalangan mautpekerja
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Peruntukan RM2.3 Bilion Dalam RMK11 Bukti P.Pinang Tidak Dianak Tiri

Next Post

4 Lelaki Warga Asing Ditahan Menyamar Polis

Related Posts

Pelajar Kolej Maut, Rakan Perempuan Parah Motosikal Terbabas

Pelajar Kolej Maut, Rakan Perempuan Parah Motosikal Terbabas

12/05/2025
0

Seremban: Pelajar kolej maut manakala rakan perempuannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas di KM 223.7 Lebuhraya Utara...

1 Maut, 14 Cedera Termasuk Seorang Parah Dalam Nahas 2 Kenderaan

1 Maut, 14 Cedera Termasuk Seorang Parah Dalam Nahas 2 Kenderaan

01/04/2025
0

Kluang: Kegembiraan dua keluarga berhari raya berakhir tragedi selepas seorang peniaga maut, seorang parah dan 13 lagi cedera dalam kemalangan...

Next Post

4 Lelaki Warga Asing Ditahan Menyamar Polis

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd