• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

150 Pengawal Keselamatan Hospital Mogok

oleh Ahmad Albab
09/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT PALAH – Kira-kira 150 anggota pengawal keselamatan yang bertugas di Hospital Melaka, di sini mengadakan mogok, semalam berikutan tidak puas hati dengan gaji yang didakwa tidak diuruskan dengan betul.

Mereka mendakwa, masalah itu timbul sejak dua bulan lalu apabila syarikat baharu yang beribu pejabat di Kuala Lumpur mengambil alih pengurusan.

Salah seorang anggota yang hanya mahu dikenali sebagai Angah, 36, berkata, sebahagian besar dari mereka sudah berkhidmat lama di situ.

Menurutnya, walaupun syarikat pengurusan bertukar ganti, namun sebelum ini mereka tidak pernah berdepan masalah gaji sehinggalah syarikat terbaharu mengambil alih.

“Ada di kalangan kami di sini yang bekerja sudah melebihi 15 tahun. Jika dulu, cukup masa dapat gaji tetapi kali ini syarikat baru ini betul-betul mendatangkan masalah kepada kami.

“Contohnya bulan ini, mereka janji hendak bayar sebahagian gaji kami pada 7 Mei lalu, tetapi sampai hari ini tidak ada. Gaji pokok kami dijanjikan RM900. Kalau kami hendak dibayar gaji RM1,500 kena kerja penuh sebulan 30 hari tanpa cuti rehat, selama 12 jam setiap hari,” katanya.

Seorang lagi dikenali sebagai Rajah, 46, berkata, dia merayu kerajaan atau mana-mana agensi terlibat supaya campur tangan.

“Syarikat baru hanya janji cakap mulut sahaja, tiada hitam putih. Bulan pertama, memang dia bayar betul tetapi masuk bulan kedua, agaknya mereka berdepan masalah, beginilah jadinya.

Harap syarikat dapat selesaikan masalah ini. Kalau tidak dapat selesai masalah ini, kami harap pihak hospital dapat menukar kepada syarikat pengurusan lain agar nasib kami lebih terjamin,” katanya ketika ditemui di kafetaria Hospital Melaka, semalam. – Sinar Harian Online

Tags: Mogokpengawal keselamatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zara Qairina Ditemui Tidak Sedar Diri, Tengkuk Berdarah – Pengawal Keselamatan

Zara Qairina Ditemui Tidak Sedar Diri, Tengkuk Berdarah – Pengawal Keselamatan

10/09/2025
0

KOTA KINABALU: Pengawal keselamatan memberitahu Mahkamah Koroner, di sini, hari ini, beliau menemukan Allahyarham Zara Qairina Mahathir terlentang di dalam...

Pengawal Keselamatan Ditahan, Kes Surat Palsu Guna Nama TPM

Pengawal Keselamatan Ditahan, Kes Surat Palsu Guna Nama TPM

17/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan ditahan berkaitan penyebaran surat palsu yang menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd