GENEVA – Jumlah kematian akibat wabak Ebola kini mencecah 11,000 orang, menurut data yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin.
Tiga negara paling teruk terjejas ialah Sierra Leone, Liberia dan Guinea yang mencatatkan sebanyak 26,593 jangkitan dan 11,005 kematian.
Penularan paling teruk wabak Ebola bermula di selatan Guinea pada Disember 2013 sebelum tersebar dengan begitu cepat ke Liberia dan Sierra Leone.
Liberia merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 4,716 orang, manakala seramai 3,903 mangsa mati di Sierra Leone dan 2,386 orang di Guinea.
Walaupun jumlah kes mencecah 11,000 orang, WHO mengisytiharkan esok bahawa wabak itu berakhir di Liberia, melainkan wujud kes baharu.
Jumlah jangkitan baharu juga semakin berkurangan di Guinea dan Sierra Leone. Hanya sembilan kes baharu direkodkan di setiap negara tersebut minggu lepas iaitu catatan terendah sepanjang tahun ini. – AFP
