• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zunar Didakwa Dengan Sembilan Tuduhan Menghasut

oleh Ahmad Albab
04/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kartunis kontroversi Zunar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap sembilan pertuduhan menghasut dalam akaun Twitter miliknya.

Tweet tersebut berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes rayuan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 10 Feb lalu.

Zunar atau nama sebenarnya, Zulkiflee SM Anwarul Haque, 53, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zanol Rashid Hussain.

Dia berpakaian warna ungu dan berseluar jeans kelihatan bersahaja di dalam kandang tertuduh. Mahkamah dipenuhi penyokong dan orang awam selain pihak media.

Mengikut pertuduhan pertama sehingga sembilan, Zunar didakwa menerbitkan penerbitan menghasut di laman sosial Twitter@zunarkartunis di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman, pada 3 petang, 10 Feb lalu.

Bagi kesalahan itu, Zunar didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh didakwa mengikut Seksyen 4(1) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, bagi kesalahan pertama Zunar boleh didenda RM5,000 atau dipenjara tiga tahun atau kedua-duanya dan seterusnya boleh dipenjara sehingga lima tahun.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nordin Ismail, memohon kesemua pertuduhan itu dibicarakan bersama atas alasan pertuduhan dan saksi yang sama. Beliau turut menawarkan jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, peguam Latheefa Koya memohon perbicaraan dilakukan secara berasingan atas alasan konteks pemahaman perkataan hasutan tidak boleh dilihat secara keseluruhan kerana boleh memprejudiskan anak guamnya itu.

Latheefa turut dibantu peguam Datuk S. Ambiga memohon anak guamnya itu diikat jamin RM500 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan kerana Zunar memberi kerjasama sepanjang siasatan dilakukan selain hanya menjamin kehadiran pada setiap tarikh sebutan.

Hakim Zanol, bagaimanapun membenarkan permohonan pendakwaan itu kemudian menetapkan 20 Mei ini untuk sebutan. – BERNAMA

Tags: kes mahkamahZunar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Amalan Polis Gari Tahanan Wajib Ikut SOP

Next Post

Nik Aziz Pernah Pesan Agar PAS Berbaik Dengan UMNO..

Related Posts

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

23/08/2022
0

IPOH - UMNO tidak pernah mendesak sebarang campur tangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes mahkamah...

Next Post

Nik Aziz Pernah Pesan Agar PAS Berbaik Dengan UMNO..

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd