Wednesday, May 15, 2024

Creating liberating content

Hentikan Spekulasi Jawatan Pengerusi...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa meminta semua pihak...

‘Pendakwaan Saya Satu Bentuk...

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin...

Dr Mahathir Ziarah Jenazah...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad antara orang kenamaan yang...

Kapal Titanic Baharu RM577...

KAPAL Titanic yang karam pada tahun 1912 sedang giat dibina semula di China...

Zaitun Berusia 1,000 Tahun Mula Berbuah Di Singapura

SINGAPURA – Sebatang pokok zaitun tua yang ditanam di kawasan taman terkenal, Gardens by the Bay di sini mula mengeluarkan buah buat julung-julung kalinya.

Menariknya pokok tersebut; yang sinonim dengan cuaca nyaman Mediterranean; sudah pun berusia lebih 1,000 tahun, lapor beberapa media Singapura pada Jumaat.

Pakar botani tempatan bahkan terkejut dan berpendapat adalah amat luar biasa bagi pokok zaitun sebegitu untuk berbuah semula dalam cuaca tropika seperti Singapura.

Taman Botani Singapura di Gardens by the Bay menjadi tarikan popular pelawat asing untuk menikmati ribuan spesies pohon dari seluruh dunia. – Gambar hiasan

Spesies pokok bersejarah ini atau nama saintifiknya Olea europaea memerlukan cuaca yang relatif sejuk untuk berbunga agar kemudian dapat mengeluarkan buah.

Sejak Disember tahun lalu, suhu di ruang Flower Dome di Taman Botani Singapura itu diubah kepada 15 darjah Celsius pada sebelah malam dan 21 darjah pada siang hari.

Hasilnya, pokok lambang keamanan global ini berjaya menghasilkan bunga dengan banyaknya dan kini menjadi tarikan baharu pelancong asing ke taman tumbuhan tersebut.


Pemandangan panorama dari luar Gardens by the Bay di Singapura. – Gambar hiasan

Zaitun dipercayai tumbuh lebih 6,000 tahun lalu dan kini ditanam secara komersial meliputi 10 juta hektar tanah di serata dunia dengan pengeluaran hasil hampir 20 juta tan setahun.

Pohon bersaiz rendang ini hidup subur di 10 buah negara rantau Mediterranean iaitu Algeria, Greece, Itali, Maghribi, Mesir, Portugal, Sepanyol, Syria, Tunisia dan Turki.

Gardens by the Bay yang merupakan Taman Botani Singapura dibuka sejak 2012 di atas tanah tambak tebus guna Marina Reservoir berkeluasan 101 hektar. – Agensi/A.AMREE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori