Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

Kahwin Tahun Ini, Saleha...

PELAKON Siti Saleha akhirnya mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga tahun ini. Menurut aktres...

Ugutan Menerusi Kiriman Peluru:...

SHAH ALAM – Hasrat dua lelaki gagal untuk mendapatkan habuan dengan melakukan ugutan...

Hampir Putus Telinga Gara-Gara...

KOTA BAHARU - Tindakan meragut seorang wanita membawa padah kepada dua lelaki apabila...

Peguam Didakwa Pecah Amanah...

KUALA LUMPUR – Seorang peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di...

YBK Sasar Garis Miskin Tegar Sifar Peratus Hujung Tahun Ini

SHAH ALAM – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) menyasarkan penurunan garis kemiskinan tegar negara kepada sifar peratus tahun ini selaras dengan jihad Badan Bukan Kerajaan itu membasmi sepenuhnya miskin tegar.

Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Sakom berkata sasaran itu berdasarkan kepada kejayaan kerajaan menurunkan kadar kemiskinan tegar negara iaitu daripada 70 peratus sejak kemerdekaan negara kepada 1.7 peratus tahun lepas.

Beliau berkata sebagai yayasan yang membantu kerajaan membasmi kemiskinan tegar di negara ini, YBK bertekad untuk terus menggembleng tenaga menurunkan kadar kemiskinan sehingga mampu mencapai sifar peratus pada penghujung 2015.

“Ia selaras dengan usaha yang telah dan sedang dilakukan kerajaan ditambah dengan pengiktirafan Malaysia sebagai negara bebas kemiskinan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menerusi piawaian Bank Dunia pada 2007,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam bersempena sambutan ‘Jubli Perak’ yayasan berkenaan yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini, Isnin malam.


Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut melancarkan buku ‘Joran di Laut Biru 25 Tahun YBK’ hasil nukilan Datuk Bing Selamat Amir bersempena sambutan 25 tahun YBK.

Dalam ucapannya, Ahmad Zahid memuji usaha tanpa henti yang dilakukan YBK dalam membantu kerajaan membendung peningkatan jumlah rakyat miskin tegar di negara ini.

“Usaha yang dilakukan YBK untuk menurunkan kadar kemiskinan tegar patut dipuji dan mereka layak diiktiraf sebagai ‘wira tidak didendang’ membantu kerajaan dalam perkara sebegini,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori