TIDAK dinafikan, aktres jelita Fasha Sandha merupakan antara pelakon yang mantap dan berkualiti setiap kali membintangi drama mahupun filem.
Namun, kecoh tiba-tiba apabila Fasha Sandha dikhabarkan ditawar sebanyak RM150,000 bagi membintangi Filem Anak Mami Nasi Kandar.
Bagaimanapun, isteri Jejai ini enggan mengulas lanjut perkara berkenaan dan menganggap ianya sulit.
“Maaf, mengenai bayaran adalah perkara sulit antara pihak produksi dan pengurusan artis. Saya tidak mahu komen panjang isu bayaran (lakonan) dan jadual saya serahkan kepada pengurus saya, Nik Yasmin yang sudah 11 tahun bekerja dengan saya.
“Saya lebih mengutamakan isu jadual dan komitmen dalam sesebuah tawaran berbanding bayaran,†jelas Fasha yang pada sama menyangka dakwaan yang disifatkan tidak benar.
Dalam perkembangan lain, pelakon drama Selamat Pengantin Madu ini khabarnya bakal memperkenalkan jenama kanak-kanak. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Harian Metro
https://www.youtube.com/watch?v=qg3NPzJrdb8
