• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

VIDEO: Comel.. Budak Menangis Sebab Ikan Peliharaan Mati

oleh Ahmad Albab
15/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

GELAGAT seorang budak lelaki comel yang menangis kerana kehilangan ‘sahabat’ kesayangan iaitu seekor ikan emas telah menarik perhatian pengguna laman sosial di seluruh dunia.

Kanak-kanak dikenali sebagai Kowen itu tinggal di Kanada.

Rakaman tersebut dimuat naik oleh Bapa Kowen, Brooke Geherman pada bulan lalu setelah isterinya merekodkan perbuatan anak lelaki mereka itu melepaskan bangkai seekor ikan emas ke dalam mangkuk tandas.

Menurut laporan portal Daily Mail, video itu bermula apabila Kowen memegang haiwan peliharaannya yang diberi nama Top, sambil menjawab soalan diajukan ibunya.

Dia turut dirakam mencium ikan itu sebelum si ibu menyuruhnya melepaskan ikan berkenaan ke dalam mangkuk tandas.

Kowen menurut arahan ibunya dengan meletakkan ikan tersebut ke dalam mangkuk tandas dan kemudian mengepam.

Namun apa yang menghibakan, setelah ikan itu hilang dari pandangan, Kowen dilihat tunduk sebelum mula sebak.

Mungkin dia baru sedar ikannya benar-benar ‘pergi’, tangisannya semakin kedengaran dan kesedihannya pun terpancar. Alahai, kesiannya…

Walau bagaimanapun, video tersebut mendapat kritikan banyak pihak akibat tindakan si ibu yang memilih untuk merekodkan Kowen menangis tanpa usaha memujuknya.

Mana taknya, setelah seketika, barulah si ibu dilihat memeluk anaknya itu.

Bukan itu sahaja, ramai pengguna turut mengkritik keputusan ibunya untuk meminta Kowen memasukkan ikan ke dalam mangkuk tandas dan dipam. Yelah, kenapa tak tanam sahaja ikan itu, kan?

Hmm macam-macam.

– MYNEWSHUB.CC

Tags: budakIkanvideo viral
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Negeri Johor Cemerlang Bawah Pimpinan Onn Hafiz, ‘Budak’ Ini Ada Keberanian – MCA

Negeri Johor Cemerlang Bawah Pimpinan Onn Hafiz, ‘Budak’ Ini Ada Keberanian – MCA

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong memuji kepimpinan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang...

‘Jangan Risau Johor Ditadbir Oleh Budak, Budak Ini Budak Yang Rajin’ – Mohd Fared

‘Jangan Risau Johor Ditadbir Oleh Budak, Budak Ini Budak Yang Rajin’ – Mohd Fared

23/05/2026
0

JOHOR BAHRU - "Jangan risau walaupun negeri kita ditakbir oleh seorang 'budak', tapi 'budak' ini memang budak yang rajin" Demikian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd