• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UTeM Bina Asrama Tampung 5,000 Pelajar

oleh Ahmad Albab
02/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bakal membangunkan asrama bernilai kira-kira RM180 juta yang boleh menampung seramai 5,000 pelajar bagi memenuhi keperluan pelajar dan menaik taraf institusi itu di kampus induknya di sini.

Projek yang dijangka siap dalam masa dua tahun itu oleh Syarikat Naluri Etika melalui perjanjian yang diadakan bersama pihak UTeM dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pengerusi Lembaga Pengarah Utem, Tan Sri Ahmad Zaidee Ladin berkata, UTeM pada ketika ini hanya mempunyai sebuah kolej kediaman pelajar yang berkapasiti 1,020 pelajar di dalam kampus induk.

“Bilangan pelajar Utem ketika ini telah mencecah lebih 11,000 orang dan dengan pelaksanaan projek pembangunan asrama baharu ini, ia boleh membantu menyelesaikan masalah penempatan pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis pecah tanah projek asrama itu yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob di Utem di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dan Naib Canselor UTeM, Datuk Dr Shahrin Sahib.

Ahmad Zaidee berkata, projek asrama berkeluasan 7.28 hektar itu membabitkan pembinaan lima blok 10 tingkat, lima unit kediaman pengetua asrama, 10 unit kediaman felo dan satu unit kafeteria yang mampu memuatkan 1,000 orang.

Beliau berkata kemudahan gelanggang sukan akan turut dibangunkan seperti gelanggang futsal, gelanggang bola tampar, gelanggang bola keranjang dan gelanggang serbaguna.

“Dengan terbinanya asrama ini, saya berharap agar ia dapat mempertingkatkan lagi pembangunan pembelajaran pelajar di asrama dan pelbagai aktiviti berbentuk akademik dapat dihasilkan,” katanya. – Bernama

Tags: UTeM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SWM Enviroment-UTEM Tandatangani LOI

SWM Enviroment-UTEM Tandatangani LOI

24/02/2023
0

MELAKA – SWM Environment Sdn. Bhd (SWM Environment) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menandatangani surat niat (LOI) bagi memperkasakan kerjasama...

Penularan COVID-19 Dalam Kalangan Pelajar UTeM Terkawal

03/02/2022
0

MELAKA: Penularan COVID-19 dalam kalangan pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) adalah terkawal dan semua pelajar yang dijangkiti diuruskan sebaiknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd