• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuas Pelabuhan Baharu Singapura Bakal ‘Hancurkan’ PTP

oleh
28/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Akhirnya apa yang dibimbangi bekas perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu pembatalan jambatan bengkok menggantikan Tambak Johor benar-benar menjadi kenyataan.

Negarawan Malaysia itu baru-baru ini mengkritik pemimpin sedia ada kerana enggan meneruskan projek jambatan tersebut yang sebenarnya bagi memudahkan perjalanan kapal dagang terus ke pelabuhan Johor.

Malah isu itu turut disokong Sultan Johor kerana tambak sekarang menyebabkan kapal kontena sukar memasuki Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan Pasir Gudang sebaliknya lebih ‘selesa’ belayar menuju ke Singapura.

Pemandangan sekitar Pelabuhan Tanjung Pelepas dari udara. – Gambar hiasan

Semalam, stesen penyiaran pemerintah Singapura, Channel NewsAsia ‘mengesahkan’ kekhuatiran Dr. Mahathir apabila melaporkan republik itu bakal membina pelabuhan baharu dan terbesar di Tuas berdepan dengan PTP.

Kerja menambak tanah untuk Terminal Tuas dijangka bermula tidak lama lagi susulan Lembaga Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) menandatangani secara rasmi kontrak untuk fasa 1 Terminal Tuas pada Khamis.

Projek bernilai S$2.4 bilion (RM6.7 bilion) itu termasuk kerja mengorek, pembinaan dermaga dan menambak hampir 300 hektar tanah bersebelahan simpang Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) di Tuas.

Terminal Tuas bakal menjadi pelabuhan terbesar di Singapura dan menyaingi PTP di Johor. – Gambar hiasan

Fasa 1 dijangka siap sepenuhnya pada 2020 dan berupaya menguruskan 65 juta kontena setahun, jauh lebih besar daripada 11 terminal lain antaranya Tanjong Pagar, Keppel, Pasir Panjang, Jurong, Sembawang dan Brani.

Terminal Tuas apabila siap kelak bakal mengatasi PTP yang terletak bertentangan dan hanya dipisahkan dengan jarak 3 batu nautika atau kira-kira 5 kilometer sahaja di sempadan perairan antarabangsa Selat Johor.

Pemerintah Singapura sebelum itu dipercayai ‘tidak berpuas hati’ dengan tindakan Malaysia membuka PTP sejak 1999 yang kini mengendali 6 juta kontena setahun; seumpama sengaja menjejaskan ekonomi republik tersebut.

Kedudukan Tuas (warna merah) yang akan diperluaskan bagi membina terminal pelabuhan baharu Singapura. – Gambar hiasan

Malah, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pernah mendedahkan menerusi ucapan sempena Hari Kemerdekaan pada 2013 mengenai keperluan republik itu membina pelabuhan baharu bagi mengatasi PTP.

Justeru, Tuas dipilih kerana lokasi strategik berdekatan PTP selain ia boleh menebus guna tanah laut lebih luas berhampiran sempadan perairan Malaysia di samping jaringan prasarana susur bersebelahan Linkedua.

Namun, kewujudan Terminal Tuas akan mengubah kawasan laut itu sibuk dengan ratusan kapal besar setiap hari yang boleh mengancam ekologi habitat Taman Negara Tanjung Piai di Kukup, Pontian. – Agensi/A.AMREE

Tags: dermagapelabuhanPTPSingapuraTuas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd