• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tony Fernandes Antara 100 Individu Paling Berpengaruh TIME

oleh AK-47
19/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes tersenarai antara 100 individu paling berpengaruh oleh majalah Time bagi 2015.

Menurut ulasan majalah tersebut, Tony disifatkan sebagai pemimpin syarikat yang mampu mengendalikan situasi krisis seperti ketika tragedi pesawat QZ8501 baru-baru ini.

Tony dilihat berjaya mengemudi syarikat tersebut dengan baik dan mengembalikan semula kepercayaan pelanggan terhadap penerbangan mereka.

Bagi Tony, tersenarai dalam 100 Individu Paling Berpengaruh merupakan satu penghargaan yang sangat besar dalam kerjayanya kerana beliau sendiri tidak menyangka termasuk dalam senarai buat tahun ke-12 yang mengiktiraf aktivisme, inovasi dan pencapaian individu paling berpengaruh dunia.

“Ini adalah tahun mencabar tetapi keseluruhan karier saya adalah mengenai cabaran dan dengan setiap halangan, kami belajar dan menjadi lebih baik. Saya percaya kami mengorak langkah terus ke depan dan saya sangat teruja menghadapi masa akan datang.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kakitangan bagi serata bisnes saya di AirAsia, Kumpulan Tune, QPR dan Caterham yang bersama saya menghadapi semuanya. Bersama sokongan dan kerja keras kami akan terus menerajui pasaran,” katanya.

Selain Tony syarikat penerbangannya AirAsia turut dinobatkan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia oleh World Airline Survey dari Skytrax bagi tempoh 6 tahun berturut-turut dari 2009 hingga 2014.

Individu lain yang turut tersenarai dalam 100 Individu Paling Berpengaruh Dunia Majalah Time adalah Ketua Eksekutif Apple Tim Cook dan selebriti Kim Kardashian serta suami, Kanye West.

Bagi mengetahui senarai lebih lanjut boleh layari laman www.time.com.

– MYNEWSHUB.CC

Tags: AirAsiaTONY FERNANDES
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR, 22 April – Suasana tegang tercetus dalam sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing ke Kuala Lumpur apabila seorang penumpang...

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd