• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Pelajar Tajaan MAINS Belajar Di Yaman

oleh Ahmad Albab
17/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Tiada pelajar tajaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dihantar melanjutkan pengajian ke Yaman, sebaliknya mereka dihantar ke Jordan, Mesir dan Maghribi.

“Bagaimanapun, saya tidak tahulah pula jika ada rakyat Negeri Sembilan lain yang tinggal di Yaman, begitu juga jika ada pelajar persendirian,” kata Menteri Besar dan Pengerusi MAINS Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis ramah mesra bersama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan penyerahan 50 basikal tajaan Yayasan Negeri Sembilan kepada USIM di Kompleks Sukan Tuanku Najihah di sini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mat Ali Hassan, Pengerusi Lembaga Pengarah USIM Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dan Naib Canselor USIM Prof Datuk Dr Musa Ahmad.

Mohamad diminta mengulas sama ada terdapat pelajar mahupun rakyat Negeri Sembilan yang tergolong dalam kumpulan rakyat Malaysia yang dibawa pulang ke tanah air berikutan pergolakan di negara Timur Tengah itu.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri sedang beransur-ansur mengurangkan penghantaran pelajar tajaan MAINS ke Mesir.

“Kami mahu kurangkan jumlah penghantaran pelajar ke negara itu (Mesir), dan boleh jadi tidak akan hantar dalam tempoh lima hingga enam tahun sebab keadaan di sana juga tidak menentu.

“Bagaimanapun, kami telah memperbanyakkan penghantaran pelajar anak Negeri Sembilan tajaan MAINS ke Magribi. Akan ada waktunya nanti, kami tidak akan hantar pelajar melanjutkan pengajian ke mana-mana, melanjutkan pengajian di USIM pun boleh. Tidak payah jauh-jauh,” kata Mohamad. – BERNAMA

Tags: Mohamad Hasan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

09/06/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Peringkat Tinggi "Panggilan Untuk Bertindak: Respons...

Pembantu Am, Ejen Insurans Rugi Lebih RM400,000

PLKN Akan Dilaksanakan Semula – Mohamad

09/10/2023
0

PETALING JAYA : Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 akan dilaksanaan semula tetapi menggunakan kaedah latihan berbeza...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd