• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terpaksa Berkongsi Mikrofon, Atilia Tegur Produksi ABP

oleh AK-47
10/04/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KALAU anda berkesempatan menonton Anugerah Bintang Popular 2014 (ABP 2014) yang berlangsung Ahad lalu, pasti anda menyedari momen “krik krik” di mana penyanyi Atilia Haron terpaksa berkongsi mikrofon dengan ibunya, Salamiah Hassan gara-gara masalah teknikal.

Atilia melahirkan rasa terkilannya dengan insiden tersebut kerana pihak produksi yang terlibat seakan-akan tidak mengambil berat masalah teknikal yang dialami mereka pada ketika itu.

Memetik laporan mStar Atilia berkata, “Secara jujurnya memang saya rasa terkilan kerana produksi tidak ambil berat tentang masalah teknikal seperti itu sehingga menjejaskan persembahan kami. Bukan senang saya dan mama dapat buat persembahan di pentas seperti itu, sesekali dapat, begini pula jadinya.

“Jangan terlalu ambil remeh tentang perkara melibatkan teknikal kerana ia boleh mencacatkan keseluruhan majlis. Sudah tentu saya sangat kecewa, saya kasihankan mama yang benar-benar teruja untuk beri persembahan terbaik malam itu.”

atilia

Walaupun persembahan mereka dicacatkan dengan kegagalan mikrofon untuk berfungsi, namun rata-rata peminat memberikan komen positif terhadap persembahan mereka yang disifatkan menggambarkan tema semarakkan cinta apabila pasangan anak beranak ini berkongsi mic dalam majlis anugerah tahunan itu.

“Alhamdulillah, persembahan itu tidak menerima kritikan, malah ada yang anggap kami sweet kerana berkongsi mikrofon. Namun saya berharap selepas ini pihak penganjur perlu ambil berat tentang perkara itu,” katanya lagi.

– MYNEWSHUB.CC

Tags: myArtispenyanyiselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd