• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Tentukan Sama Ada Anwar Boleh Mengundi

oleh Ahmad Albab
26/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Kelonggaran untuk menentukan sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Mungkin SPR akan meneliti fasal-fasal yang akan memberi peluang kepada banduan untuk mengundi…tetapi setakat yang saya tahu, banduan tidak ada hak untuk mengundi.

Jika terdapat fasal untuk membenarkan banduan mengundi, saya pasti SPR akan menyediakan kertas undi untuk dihantar ke Penjara Sungai Buloh untuk individu itu mengundi,” kata Zahid yang juga pengarah PRK Permatang Pauh.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar supaya memberi kelonggaran kepada bapanya untuk mengundi.

Sementara itu, Nurul Izzah berkata permintaan beliau itu sejajar dengan saranan Ahmad Zahid pada Julai 2013, bahawa kementerian sedang mengkaji mekanisme yang sesuai membolehkan banduan mengundi pada pilihan raya akan datang.

“Saya sambut baik saranan Menteri Dalam Negeri dan mencadangkan agar PRK Permatang Pauh dijadikan projek perintis kayu ukur, dengan membenarkan Anwar, yang kami tegaskan sebagai tahanan politik, mengundi pada 7 Mei nanti,” katanya dalam sidang media berasingan.

Menurut Ahmad Zahid ketika itu, antara aspek yang perlu diteliti ialah mengenai undang-undang yang diperuntukkan di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membenarkan banduan mengundi.

Katanya jika banduan yang telah tiga tahun dalam penjara atau dihukum penjara lebih daripada tiga tahun, mungkin perlu mekanisme sesuai untuk (membolehkan) mereka mengundi di kawasan penjara yang ditempatkan.

PRK Permatang Pauh akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional Suhaimi Sabudin, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Salleh Isahak (Bebas) dan Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia).

PRK ini diadakan berikutan penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai wakil rakyat setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anwar melalui anggota keluarganya.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan kes meliwat bekas pembantu peribadinya.

– BERNAMA

https://youtu.be/kYRbRAtFWuc

Tags: SPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd