Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Video: Baby Cute Kacau...

KECIL-kecil dah pandai prank bapa sendiri!Teletah si kecil ini pastinya akan menceriakan hari...

Rumahtangga Nazim Othman &...

KECOH menerusi forum-forum dan portal media hiburan tempatan hari ini apabila berita yang...

Ramli Sarip Buka Kafe...

BAYANGKAN anda berjalan di kawasan anak muda di Haji Lane, Singapura... tiba-tiba terserempak...

Bayi Ditanam Hidup-Hidup Berjaya...

APALAH dosa bayi perempuan ini hingga tergamak ibunya menanamnya hidup-hidup? Nasib baik sekumpulan...

EasyTaxi: 3 Kenderaan Persendirian Disita

SEPANG – Tiga kenderaan persendirian tidak berlesen untuk mengambil penumpang di sekitar Lembah Klang melalui aplikasi ‘EasyTaxi’ disita dalam operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada Selasa malam.

Pengurus Besar Bahagian Penguatkuasaan SPAD Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata penggunaan aplikasi itu dikesan mula beroperasi sejak awal bulan ini serta bergiat aktif di sekitar Lembah Klang, dengan dianggarkan 12 kenderaan atau teksi sapu terlibat menjalankan perniagaan terbabit.

“Walaupun hanya tiga kenderaan yang berjaya disita, kami percaya operasi yang pertama kali diadakan ini akan memberi amaran keras kepada mereka yang terbabit dan kami akan meneruskan operasi ini sehingga mendapat dalang yang bertanggungjawab mewujudkan aplikasi berkenaan,” katanya.

Che Hasni juga berharap penumpang tidak menggunakan aplikasi tersebut kerana selain beroperasi secara haram, perkhidmatan itu juga tidak mempunyai perlindungan insurans jika berlaku kemalangan.

“Malah, penggunaan aplikasi EasyTaxi juga tidak adil dan menjejaskan periuk nasi pengusaha dan pemandu teksi yang berlesen,” katanya kepada media selepas menjalankan operasi tersebut di sini.


Che Hasni berkata bagi kenderaan yang ditahan kerana menjalankan perniagaan terbabit akan disita dan mereka yang terbabit akan dikenakan hukuman tidak melebihi RM10,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Dalam operasi sama, katanya SPAD juga menyita sembilan teksi yang tidak menggunakan meter.

“Jika disabitkan kesalahan, pemandu teksi yang tidak menggunakan meter boleh dikenakan hukuman tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPAD

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori