Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Koronavirus: Saringan Di Pintu...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) memperkukuhkan aktiviti saringan kesihatan di semua pintu...

Cuaca Panas Tahap 1...

KUALA LUMPUR : Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas dan Kuala Krai di Kelantan...

Speaker Dewan Rakyat Terima...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat menerima usul Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina...

Agenda ‘Membandarkan Luar Bandar’...

KINABATANGAN: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu agenda 'Membandarkan Luar Bandar'...

Sempat Beri Bantuan CPR Pada Rakan Dipanah Petir

BATU KAWAN – Seorang mangsa dipanah petir sempat memberi bantuan pernafasan (CPR) kepada enam rakannya yang turut terkena panahan petir di kawasan kuil yang sedang dalam pembinaan di sini, malam tadi.

S.Elavalagan, 45, berkata sebaik beliau sedar daripada terkena petir, beliau terus memberikan bantuan CPR kepada rakan-rakannya.

“Sebaik sedar, saya nampak enam rakan saya dalam keadaan terbaring. Saya terus beri bantuan CPR kepada mereka. Empat rakan saya kembali stabil namun dua lagi masih tidak sedarkan diri ketika itu,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, dua orang maut manakala lima yang lain cedera termasuk seorang kritikal selepas dipanah petir ketika berteduh daripada hujan di kawasan kuil yang sedang dibina di sini.

[BACA: 2 Maut, 5 Cedera Dipanah Petir Di Batu Kawan]

Elavalagan berkata, mereka berteduh dan berlindung di bahagian kiri dan kanan kuil sambil berbual-bual sementara menunggu hujan berhenti.

“Tiba-tiba kami terdengar dentuman kuat dan saya terasa seperti terkena renjatan elektrik. Tetapi saya tidak rebah, sebaliknya hanya berdiri kejung buat seketika sebelum terdengar suara orang meminta tolong,” katanya.

Pihak polis berkata dua mangsa mati akibat melecur teruk.


Bercerita lanjut, Elavalagan berkata, mereka bertemu di kuil berkenaan bagi meninjau kerja naik taraf yang sedang dijalankan sebelum hujan turun dengan lebat diikuti angin kencang.

“Ia berlaku dalam sekelip mata,” katanya.

Beliau berkata, tiga rakannya masih dirawat di Hospital Sungai Bakap dan dilapor stabil.

Hujan ribut malam tadi dilapor turut merosakkan kira-kira 100 buah rumah di beberapa kawasan di negeri ini.

– BERNAMA

VIDEO SAMPINGAN – BUKAN KEJADIAN DI ATAS

  • Lagi berita berkaitan:
  • petir

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori