• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selamat Kerjakan Umrah, Hanez Suraya Kini Berhijab

oleh AK-47
28/04/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPERTI Rozita Che Wan, pelakon jelita Hanez Suraya juga mengikuti jejak langkah untuk tampil berhijab setelah selamat pulang mengerjakan umrah baru-baru ini.

Hanez yang berkongsi gambarnya bertudung dalam laman Instagram dengan kapsyen, ‘Semoga penghijrahan saya ini berkekalan.. Amin’ sekaligus memberi gambaran bahawa aktres ini sudah menetapkan niat untuk berhijrah.

https://instagram.com/p/1-_6GXhZdI/?taken-by=hanezsuraya
“Memang sejak ke sana, hati saya kuat untuk bertudung. Apatah lagi di sana, semua wanita Islam bertudung. Lalu semangat nak bertudung itu jadi semakin membuak-buak.

“Perasaan untuk bertudung itu jadi lebih kuat ditambah dengan saya kini yang sudah jarang berlakon. Lalu apa lagi yang saya perlu fikirkan lagi,” kata Hanez.

han1.transformed

Dalam pada itu, Hanez mengharapkan doa daripada peminatnya supaya diberi ketetapan hati agar niatnya untuk berhijrah berterusan.

“Sama ada saya terus bertudung atau tidak, doakan yang baik sahaja. Saya harap ia dipermudahkan.

“Saya bimbang timbul rasa riak. Biar saya perlahan-perlahan mengikut ‘rentak’ baharu ini. Malahan kalau keluar rumah sekarang pun saya sudah bertudung,” ujarnya lagi.

Hanez yang mengerjakan umrah bersama suami Romie Razin Adilha dan anak tirinya, Putera Adreeshah sejak 14 April lalu telah selamat pulang ke Malaysia, kelmarin. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ARTIS BERHIJABhanez suraya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Suka Nama Disebut, Hanez Mohon Awi Jaga Hati

30/03/2018
0

KENANGAN masa lalu merupakan satu perjalanan yang perlu kita lupakan serta dijadikan sebagai pengajaran. Tak semua orang suka apabila kenangan...

Hanez Mohon Hormati Status Sebagai Seorang Isteri

29/03/2018
0

BARU-BARU ini, penyanyi kelahiran Singapura iaitu Awi Rafael mendedahkan dia mengenali tunangnya, Atikah Suhaime sejak lapan tahun lalu ketika masih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd