• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sedih… Bapa Dan Anak 2 Bulan Maut Renjatan Elektrik

oleh AK-47
10/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM — Seorang bapa dan anak lelakinya yang baru
berusia dua bulan maut dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian di
rumah mereka di Jalan Sungai Buaya, Kampung Chodoi, Banting hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Amir Jiran, 45, manakala nama bayi tidak dapat
dikenal pasti.

Ketua Balai Bomba Banting Mohd Jaslizad Jalil ketika dihubungi Bernama
berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pukul 3.39 petang dan jentera
tiba di lokasi kejadian kira-kira 20 minit kemudian.

“Menurut saksi, renjatan elektrik itu berpunca daripada kipas di rumah baharu
mangsa yang masih dalam pembinaan, namun siasatan masih dijalankan bagi mengenal
pasti punca sebenar,” katanya.

Mohd Jaslizad berkata kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di
atas lantai rumah itu ketika bomba tiba di tempat kejadian.

Katanya pasukan perubatan kemudian mengesahkan Mohd Amir meninggal dunia di
lokasi kejadian manakala anaknya meninggal dunia di klinik kesihatan
berhampiran. — BERNAMA

VIDEO SAMPINGAN: Lelaki Hilang Wajah Kerana Renjatan Elektrik

Tags: elektrik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tenaga Hidrogen Menjana Elektrik Mesra Alam

Tenaga Hidrogen Menjana Elektrik Mesra Alam

06/11/2023
0

Manusia semakin prihatin terhadap isu-isu seperti keselamatan tenaga, ketersediaan tenaga, pelepasan gas rumah hijau, dan perubahan iklim dunia. IKUTI CHANNEL...

PM Sepanyol Minta Rakyat Jangan Pakai Tali Leher Untuk Jimat Elektrik

PM Sepanyol Minta Rakyat Jangan Pakai Tali Leher Untuk Jimat Elektrik

30/07/2022
0

MADRID – Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez mencadangkan cara unik mengurangkan rasa rimas di musim panas iaitu dengan tidak memakai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd