• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Tidak Kenal Altantuya Shaariibuu – Najib

oleh Ahmad Albab
11/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengenali Altantuya Shaariibuu dan tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kematian wanita Mongolia itu.

“Tidak ada bukti sama sekali yang timbul bahawa saya kenal Altantuya. Tak ada langsung, tak ada gambar, tak ada tulisan, tak ada saksi dan sebagainya.

“Mahkamah telah tentukan prosesnya sampai ke Federal Court (Mahkamah Persekutuan). Apakah kita nak persoal integriti mahkamah kita yang kita pertahankan sebelum ini?,” katanya dalam program Soal Jawab TV3 Edisi Khas bersama Perdana Menteri malam ini, yang dihoskan Hamdan Ahmir.

Najib berkata demikian apabila ditanya sama ada beliau terlibat dalam kes berkenaan kerana meskipun telah berlalu, ia masih dibangkitkan termasuk oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai siapa yang memberi arahan kepada pegawai polis terlibat untuk membunuh Altantuya.

Perdana Menteri menjelaskan beliau telah melafazkan sumpah sebanyak tiga kali termasuk di sebuah masjid di Permatang Pauh pada 2008.

“Ini cerita 2008.. dah lama dah. Sebenarnya saya dah lafazkan sumpah Wallahi Wabillahi Watallahi tiga kali termasuk di sebuah masjid di Permatang Pauh pada 2008…bahawa saya tidak mengenai Altantuya dan saya tidak terlibat sama sekali sama ada secara langsung atau tidak langsung,” tegas beliau.

Menurutnya polis juga telah menjalankan siasatan terhadap kes itu selain Ketua Polis Negara pada masa itu juga telah membuat kenyataan bahawa beliau tidak terlibat.

“Pada masa itu, Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sebagai Perdana Menteri sudah laporkan, dan Ketua Polis Negara dah buat kenyataan bahawa saya tak terlibat,” katanya.

Pada Jun 2013, Mahkamah Rayuan memutuskan tiada sebarang bukti untuk mengaitkan Najib dengan kematian Altantuya.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata seseorang tidak boleh sewenangnya menuduh atau mengaitkan apa-apa dengan Najib, yang ketika itu timbalan perdana menteri, hanya kerana penganalisis politik Abdul Razak Baginda secara kebetulan mengenali Najib.

Beliau turut menjawab soalan mengenai pertemuannya dengan Dr Mahathir sebelum ini berhubung beberapa isu dan sama ada bekas perdana menteri itu ada bertanyakan mengenai Altantuya.

“Tidak secara langsung. Tapi kita pernah sekali berbincang. Dalam perbincangan itu, saya lihat beliau tak persoalkan penglibatan saya dalam (kes) Altantuya dan saya anggap perkara ini tak berbangkit sama sekali,” katanya.

Menerusi perbincangan itu, Najib berkata beliau masih menunjukkan rasa hormat kepada Dr Mahathir dengan cara mengunjungi rumah bekas perdana menteri itu dan tidak membiarkan Dr Mahathir pula yang datang ke rumah beliau.

“Tapi macam mana pun, bila kita bincang, saya perlu buat keputusan sebagai perdana menteri,” katanya. – BERNAMA

Tags: AltantuyaNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keluarga Altantuya Mohon Perintah Isytihar Razak Baginda Muflis

Keluarga Altantuya Mohon Perintah Isytihar Razak Baginda Muflis

29/08/2024
0

Keluarga mangsa pembunuhan Altantuya Shaariibuu memfailkan permohonan supaya mahkamah mengisytiharkan Abdul Razak Baginda sebagai muflis selepas dia gagal membayar RM9.2...

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd