VOKALIS kumpulan Bunkface, Shamsul Anuar Mohd Baharom atau lebih dikenali sebagai Sam dan isterinya, Aida Azira Hussin sepakat memilih negara jiran Thailand sebagai destinasi bulan madu mereka.
Pasangan sama cantik sama padan ini telah selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada pagi semalam di Dewan Sapura Building, The Mines, Seri Kembangan.
Dalam majlis itu, Aida menerima mas kahwin sebanyak RM1,000, sebentuk cincin, senaskhah Al-Quran, sehelai sejadah serta sepasang set telekung dan dibalas tiga dulang juga kepada pihak lelaki.
Berlangsung sama pada hari pernikahan mereka adalah majlis resepsi sebelah Sam yang berlangsung meriah dengan kehadiran ramai ahli keluarga dan kenalan pengantin baharu.
Tahniah Sam dan isteri, walaupun dah kahwin tetap keep on rockin Sam! – MYNEWSHUB.CC