Thursday, July 18, 2024

Creating liberating content

Nampak Cam ‘Baby Bump’...

YANA Samsudin dan suami masih belum memberikan apa-apa kenyataan tentang berita kehamilan Yana...

Kaitan TRX Dengan 1MDB...

KUALA LUMPUR – Perkembangan baharu dan keyakinan antarabangsa terhadap projek Tun Razak Exchange...

Azmin Anggap Parti Bukan...

KLANG - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan parti-parti politik...

141 Ekor Tenggiling Cuba...

ALOR SETAR - Sebanyak 141 ekor tenggiling hidup jenis 'Manis Javanica' yang dipercayai...

Sam Bunkface Nikahi Aida Azira 25 April Ini

VOKALIS kumpulan Bunkface, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Anuar Baharom bakal mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hati, Aida Azira Husin pada 25 April ini bertempat di Dewan Sapura Building, Seri Kembangan.

Mengakui gemuruh menanti hari bahagianya itu, namun Sam gembira kerana hubungan yang dimeterai mereka berakhir ke jinjang pelamin.

“Saya tidak pernah berkahwin sebelum ini tapi apa yang dapat saya katakan perasaan saya bercampur-baur.

“Kadang-kadang ada perasaan gemuruh dan bila difikirkan semula rasa gembira kerana umur macam saya sepatutnya sudah ada anak kecil dan mungkin inilah masa yang tepat untuk memulakan kehidupan baru,” katanya kepada mStar.

Majlis resepsi belah Sam, 28, yang merupakan abang kepada aktres Siti Saleha ini akan diadakan pada hari sama pasangan ini dinikahkan sementara majlis di belah pihak perempuan akan berlangsung pada 2 Mei depan di Masjid Tanah, Melaka.


Sam dan Aida telah mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu.

Tahniah buat Sam dan bakal isteri!

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: JULIANA JOHAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori