• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RUU Kebajikan Haiwan Dibentang Di Dewan Rakyat

oleh Ahmad Albab
09/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang Kebajikan Haiwan 2015 yang bertujuan mempromosikan kebajikan dan pemilikan bertanggungjawab haiwan dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Rang undang-undang yang dibentangkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan turut membolehkan penubuhan Lembaga Kebajikan Haiwan.

Antara fungsi lembaga itu termasuk memantau kerja-kerja persatuan atau badan yang ditubuhkan bagi maksud mencegah trauma, kesakitan atau penderitaan kepada haiwan.

Entiti baharu itu juga juga akan memantau kerja-kerja perlindungan haiwan termasuk dalam rumah penyelamat dan tempat perlindungan.

Ia juga bertanggungjawab memberikan pendidikan berhubung layanan perikemanusiaan kepada haiwan dan menggalakkan pembentukan pendapat umum berhubung tindakan yang mengakibatkan trauma, kesakitan atau penderitaan kepada haiwan.

Keanggotaan lembaga itu terdiri daripada Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar sebagai pengerusi dan seorang pegawai kanan jabatan itu yang dilantik menteri sebagai timbalan pengerusi.

Anggota lain termasuk masing-masing Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia; Ketua Pengarah Jabatan Perikanan; Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan atau wakil mereka selain dekan fakulti berhubung veterinar daripada universiti awam.

Dengan penubuhan lembaga berkenaan, seseorang tidak boleh menjalankan aktiviti melibatkan haiwan seperti penginapan; menunggang dan mengepung; pembiakan; penyelidikan, ujian dan pengajaran haiwan serta penyembelihan melainkan memegang suatu lesen yang sah.

Bagaimanapun lesen itu tidak diperlukan untuk aktiviti penyembelihan haiwan bagi maksud keagamaan dan adat.

Pindaan akta itu turut mencadangkan denda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000 dan penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan kali pertama bagi kesalahan-kesalahan di bawah akta itu termasuk menganiaya haiwan, membunuh dengan menembak tanpa sebab munasabah, pemberian racun dan usaha niaga pelagaan haiwan.

Mana-mana individu yang melakukan kesalahan sama untuk kali kedua dan berikutnya boleh didenda tidak lebih daripada dua kali jumlah denda asal atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada tiga bulan.

Bagaimanapun, mana-mana orang yang tidak menjalankan jagaan dan pengawasan munasabah berhubung perlindungan haiwan tidak boleh dipenjara tanpa memberikannya pilihan untuk denda, menurut rang undang-undang itu. – BERNAMA

Tags: Ismail SabriRang Undang-Undang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd