Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

SPRM Kena Jelas Isu...

1. SPRM dan bosnya Datuk Seri Shukri wajib mendedahkan benarkah seorang Pegawai gred...

Korea Utara Lancar Peluru...

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melepaskan peluru berpandu balistik, hari ini.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramPeluru...

Pertikai Pemilihan Calon Tanda...

KUANTAN - Tindakan individu yang mempertikaikan sistem pemilihan calon Barisan Nasional (BN) secara...

Dunia YB Bagi MP...

MENDEKATI  pengundi ialah dunia paling penting bagi seorang Yang Berhormat (YB). Tidak kira tinggi...

RM96.6j Untuk Perluas Perkhidmatan Jalur Lebar Di Bintulu

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM96.6 juta diperuntukkan kerajaan bagi melaksanakan inisiatif memperluas liputan perkhidmatan Internet di Bintulu, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari.

Jailani berkata antara inisiatif yang dilaksanakan ialah menaik taraf ibu sawat Bintulu bagi menyediakan perkhidmatan berasaskan fiber dengan penyediaan 3,000 port sambungan.

“Selain itu rangkaian teras sedia ada telah diperluaskan dengan pelaksanaan tiga sambungan rangkaian teras berasaskan fiber di kawasan Sebauh dan Samalaju bagi menaik taraf kelajuan dan kapasiti jalur lebar,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Jailani berkata demikian ketika menjaw

Jailani berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) mengenai rancangan kementerian untuk memperluaskan perkhidmatan Internet di Bintulu terutamanya jalur lebar yang menggunakan gentian optik.

Katanya, penduduk di kawasan Bintulu pada masa ini telahpun dapat menikmati capaian perkhidmatan jalur lebar bermula dengan kelajuan minimun 384 kilobyte per saat sehingga 20 megabyte per saat.

Jailani yang juga anggota Parlimen Hulu Terengganu berkata pembinaan satu menara telekomunikasi berserta perkhidmatan selular di kawasan Lebuhraya Bintulu-Samalaju, sedang dilaksanakan.

“Ia termasuk penyambungan sebahagian Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (SKR1M) di Sistem Kabel Dasar Laut Bintulu yang menghubungi Bintulu-Miri sepanjang 217 kilometer bagi penyediaan kabel optik dasar laut,” katanya.

Tambahnya, pelaksanaan Sub Urban Broadband Project (SUBB) yang bertujuan menaik taraf kelajuan capaian perkhidmatan jalur lebar di kawasan pinggir bandar Bintulu yang boleh mencapai sehingga 50 mega byte per saat juga sedang dijalankan.

SUBB katanya telah bermula tahun ini dan dijangka mengambil masa lima tahun untuk disiapkan pada 2019. – BERNAMA

ab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) mengenai rancangan kementerian untuk memperluaskan perkhidmatan Internet di Bintulu terutamanya jalur lebar yang menggunakan gentian optik.

Katanya, penduduk di kawasan Bintulu pada masa ini telahpun dapat menikmati capaian perkhidmatan jalur lebar bermula dengan kelajuan minimun 384 kilobyte per saat sehingga 20 megabyte per saat.

Jailani yang juga anggota Parlimen Hulu Terengganu berkata pembinaan satu menara telekomunikasi berserta perkhidmatan selular di kawasan Lebuhraya Bintulu-Samalaju, sedang dilaksanakan.

“Ia termasuk penyambungan sebahagian Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (SKR1M) di Sistem Kabel Dasar Laut Bintulu yang menghubungi Bintulu-Miri sepanjang 217 kilometer bagi penyediaan kabel optik dasar laut,” katanya.

Tambahnya, pelaksanaan Sub Urban Broadband Project (SUBB) yang bertujuan menaik taraf kelajuan capaian perkhidmatan jalur lebar di kawasan pinggir bandar Bintulu yang boleh mencapai sehingga 50 mega byte per saat juga sedang dijalankan.

SUBB katanya telah bermula tahun ini dan dijangka mengambil masa lima tahun untuk disiapkan pada 2019. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori