• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rimas Mak Nyah Tunggu Pelanggan Di Lorong Keretapi

oleh Ahmad Albab
17/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kewujudan sebuah port mak nyah di Lorong Keretapi, dekat sini, didakwa terus menimbulkan ketidakselesaan kepada masyarakat setempatnya.

Pengadu hanya ingin dikenali sebagai Ahmad, 41, berkata, dia tidak tahan melihat keadaan lelaki berpakaian lagak wanita di sekitar kawasan berkenaan.

“Hampir setiap hari, saya perlu menggunakan laluan berdekatan kawasan berkenaan sejak 10 tahun lalu. Sakit mata melihat keadaan individu berpakaian kurang elok sebegitu.

“Tambah memalukan, apabila sanak saudara dari jauh mengunjungi bandaraya ini bertanya kepada saya mengenai hal ini,” katanya.

Katanya, ia tidak hanya memburukkan imej bandaraya ini, malah dia turut bimbang keselamatan orang awam khususnya wanita yang terpaksa melalui kawasan tersebut.

“Ada kalanya, mereka tiada namun kebelakangan ini dilihat muncul kembali. Saya harap pihak berkuasa dapat menghapuskan terus port tersebut,” katanya.

Sementara itu, atas aduan pengadu berkenaan, Sinar Harian melakukan tinjauan di sekitar Lorong Keretapi, dekat sini, yang didakwa sebagai port terkenal mak nyah itu.

Berdasarkan tinjauan, sekumpulan mak nyah dilihat berdiri secara berjarak antara satu sama lain di tepi jalan itu seolah-olah menunggu kehadiran pelanggan.

Namun, ketika mengeluarkan kamera masing-masing kelihatan cuba mengelakkan wajah dari dirakam, wartawan kemudiannya beredar beberapa minit kemudian kerana bimbang diapa-apakan.

Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Syeikh Ahmad Faisol Omar berkata, kegiatan mak nyah sudah lama tiada di kawasan berkenaan.

Namun, katanya, orang awam yang melihat aktiviti berkenaan boleh membuat aduan kepada bahagian penguatkuasa Jaik ataupun pejabat agama daerah berdekatan masing-masing.

Menurutnya, pihak mereka sememangnya melakukan rondaan berkala untuk menangani gejala itu, namun langkah pencegahan diambil berdasarkan laporan diterima dari orang ramai.

“Bagi orang lelaki berlagak seperti perempuan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 26 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau setahun penjara,” katanya.

– Sinar Harian

Tags: Pondan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Aksi Separuh Bogel, Lelaki Pondan Ditahan

30/05/2022
0

SHAH ALAM : Seorang instafamous yang menjadi penganjur majlis hari raya dengan membuat pembakaran bunga api di i-City di sini...

Pejabat Mufti WP Pandang Serius Kenyataan 2 Selebriti

03/03/2021
0

PUTRAJAYA - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memandang serius kenyataan kontroversi dua selebriti membabitkan status gender dan agama. Mufti Wilayah Persekutuan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd