• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Restoran Kantoi Jual Pastri Inti Daging Anjing Liar

oleh Ahmad Albab
17/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Rio de Janeiro – Sebuah restoran makanan segera di sini didapati menyajikan daging anjing liar yang ditangkap sebelum dibunuh di bandar ini kepada pelanggannya.

Polis berkata, mereka menyiasat restoran itu selepas menemui beberapa kotak mengandungi daging anjing beku di dalam premis berkenaan.

Haiwan itu didapati dipukul di kepala hingga mati sebelum dagingnya digunakan sebagai inti untuk satu hidangan pastri tradisional Brazil.

Hidangan pastri itu biasanya menggunakan inti daripada daging lembu.

Menurut polis, restoran itu dimiliki seorang ahli perniagaan warga China, Van Ruilonc yang mengaku menyajikan hidangan berkenaan menggunakan daging anjing.

Ruilonc, 32, yang memiliki beberapa restoran lain mengaku anjing itu ditangkap di sekitar bandar ini sebelum dibunuh dengan kejam.

Aktiviti restoran berkenaan terbongkar selepas polis menyerbu premis itu bagi menyiasat dakwaan ada pekerja dari China dipaksa bekerja seperti hamba.

Ketika serbuan polis terkejut apabila menemui satu sangkar yang digunakan untuk mengurung beberapa pekerja yang dipaksa bekerja 18 jam sehari tanpa bayaran.

Pegawai pendakwa raya, Guadalupe Louro Couto berkata, dia sangat terkejut melihat pekerja itu dikurung dalam sangkar besi seperti penjara. – AFP

Tags: anjing
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gempar Bila Helikopter Mini Mendarat Di Laman US Capitol

Next Post

Malaysia Peruntuk US$300,000 Untuk Projek ‘STEM’ IBE

Related Posts

Wanita Warga Emas Maut Diserang Lebih 10 Anjing Di Kunak

Wanita Warga Emas Maut Diserang Lebih 10 Anjing Di Kunak

28/01/2025
0

KUNAK: Seorang wanita warga emas maut selepas cedera diserang sekumpulan anjing liar berhampiran terminal bas di sini, Sabtu lalu. IKUTI...

Akibat Dikejar Anjing, Kanak-Kanak Nyaris Digilis Kereta

Akibat Dikejar Anjing, Kanak-Kanak Nyaris Digilis Kereta

28/04/2024
0

Manjung : Anjing yang mengejar seorang kanak-kanak lelaki sehingga menyebabkannya nyaris digilis kenderaan di di Jalan Haji Mohamad Ali, dekat...

Next Post

Malaysia Peruntuk US$300,000 Untuk Projek 'STEM' IBE

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd