• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramai Mula Faham Kenaikan Harga Kerana Manipulasi Peniaga

oleh Ahmad Albab
29/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Semakin ramai mula memahami bahawa peningkatan harga barangan dan perkhidmatan berikutan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) disebabkan manipulasi peniaga yang tidak beretika dan bukan kerana GST itu sendiri, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Katanya sewaktu pelaksanaan GST pada 1 April, beberapa pengeluar kereta menurunkan harga kenderaan mereka kerana GST hanya dikenakan enam peratus berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak 10 peratus.

“Kita tunggu harga barangan lain seperti kerusi, perabot, barangan elektrik, tekstil untuk turun kerana cukai dah turun daripada 10 peratus kepada enam peratus.

“Tetapi saya tak dengar pun harga barangan lain turun. Kerana itu kini kita sebut tentang pelaksanaan penguatkuasaan pula,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Bukit Mertajam di sini hari ini.

Beliau berkata ada beberapa pengusaha menyerap GST dan mengekalkan harga barangan dan perkhidmatan mereka, menimbulkan pertanyaan terhadap pengusaha yang lain yang tidak berbuat demikian.

“Mydin boleh serap GST pada 130,000 harga barangan. Kenapa pasar raya yang lain tak boleh buat. Harap akhirnya mereka akan memberikan kerjasama. Saya berharap “supply and demand” (permintaan dan pengeluaran) akan memainkan peranan utama.

“Pasar raya atau kedai yang naikkan harga barang sewenang-wenangnya akan akhirnya tidak berapa didatangi pelanggan dan terpaksa turunkan barangan. Dalam dua, tiga bulan pelaksanaan GST akan stabil di seluruh negara,” katanya.

Ahmad berkata jika Prosedur Operasi Standard (SOP) GST diikuti dengan teliti, ia tidak semestinya menaikkan harga dan kos barangan dan perkhidmatan.

“Setakat ni GST digambarkan buruk benar..sedangkan itu tidak sepatutnya berlaku,” katanya. – BERNAMA

Tags: GSTpeniaga
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sazali Tekad Buru Gelaran Mr Universe Ke-11

Next Post

Gempa Nepal: Terpaksa Minum Air Kencing Untuk Terus Hidup

Related Posts

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

30/05/2025
0

MELAKA – Dua rakan yang juga penjual makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat...

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

03/02/2025
0

GEORGETOWN: Dua lelaki direman tujuh hari hari ini bagi membantu siasatan kes peniaga parah akibat dikelar dengan pisau di sebuah...

Next Post

Gempa Nepal: Terpaksa Minum Air Kencing Untuk Terus Hidup

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd