• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Muda Perlis Saran Pelajar Agama Kuasai Bahasa Asing

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANDA ACEH – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyaran agar pelajar pengajian agama menguasai bahasa asing sebagai tambahan kepada mereka ke arah menjadi ulama yang berupaya berinteraksi dengan pelbagai kelompok manusia.

Menurut baginda, dalam zaman serba pantas dan penggunaan teknologi beraplikasi tinggi, mereka juga harus bijak menggunakan media sosial dalam menyampaikan ilmu termasuk menyelami pemikiran orang ramai.

“Pelajar pasti mempunyai matlamat dan mungkin berazam menjadi ulama serta mengembangkan ilmu yang dimiliki. Saya harap pelajar dapat mengasilimisasikan nilai-nilai ke arah itu agar mereka tidak menjadi ulama jumud,” titah baginda.

Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah pada majlis ‘Tautan Ukhuwah Bersama Pelajar Malaysia’ di Aceh di sini malam tadi sempena lawatan kerja tiga hari baginda ke Aceh yang berakhir hari ini.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 200 pelajar, Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyampaikan tazkirah mengenai nilai yang perlu ada pada umat Islam sementara Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin memberi motivasi kepada pelajar.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah pelajar agama sebagai pewaris ulama juga perlu bijak menyelesaikan hal-hal keagamaan membabitkan rakyat supaya umat Islam terus bersatu.

Sebelum itu baginda beserta anggota jawatankuasa MAIPs bersama pihak pengurusan Universitas Ubudiyah meyertai program berbasikal di beberapa buah kampung di sekitar Banda Aceh.

Baginda turut menyampaikan bantuan kepada rumah anak-anak yatim, masjid dan taman asuhan kanak-kanak. – BERNAMA

Tags: pelajarRaja Muda Perlis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai mendoakan dua pelajar Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd