Friday, June 21, 2024

Creating liberating content

Enam Lelaki Ditahan Bantu...

GEORGE TOWN - Enam lelaki termasuk seorang remaja ditahan bagi membantu siasatan berhubung...

Polis Lulus Himpunan RUU355...

KUALA LUMPUR - Polis memberi kelulusan kepada pihak penganjur Perhimpunan RUU355 untuk mengadakan...

Jangan Bawa Sekeluarga Beli...

PUTRAJAYA - Tiada halangan untuk orang ramai keluar membeli barangan keperluan, namun tidak...

10,000 Tumah Terjejas Banjir...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib...

Pos Malaysia Keluar Setem Hidupan Laut

KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengeluarkan koleksi set setem yang memaparkan empat spesies kehidupan laut yang terancam.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Azlan Shahrim berkata, koleksi kali pertama itu yang dikeluarkan di Malaysia, mula dijual di pejabat Pos seluruh negara pada Isnin depan.

Katanya sebanyak 50,000 lembaran setem itu diharap dapat meningkatkan kesedaran dan keprihatinan orang ramai tentang ancaman terhadap Paus Bongkok, Pari Gergaji Jarang, Paus Biru dan Paus Pembunuh.

“Kami mengeluarkan sejumlah 430,000 keping setem pos individu yang bakal menjelajah ke seluruh dunia untuk menyampaikan mesej kepentingan kelestarian biodiversiti,” katanya dalam kenyataan di sini.

Antara tarikan utama keluaran khas itu ialah lembaran mini yang memaparkan setem Paus Bangkok berbentuk oktagon dengan teraan kerajang perak bagi menimbulkan ciri imej 3D, yang berharga RM5 setiap satu.


Selain lembaran mini, tiga setem biasa bersaiz 40mm X 30mm yang memaparkan Pari Gergaji Jarang, Paus Biru, dan Paus Pembunuh juga boleh dibeli pada harga 60 sen, 80 sen, dan RM1.40 setiap satu.

Azlan berkata, Sampul Surat Hari Pertama boleh didapati pada hari pertama keluaran setem pada harga 50 sen setiap satu dan RM3.30 dengan satu set setem, RM5.50 dengan satu set lembaran mini manakala folder pula berharga RM6 setiap satu dan RM75.80 untuk satu set lengkap.

Setem itu direka oleh Hazel Design Sdn Bhd dan dicetak di New Zealand oleh Southern Colour Print. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori