• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PNB Agih Dividen, Bonus RM130.55 Billion Sejak 1981

oleh Ahmad Albab
20/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjaya mengagihkan dividen dan bonus berjumlah RM130.55 bilion kepada para pelaburnya sejak penubuhan Amanah Saham Nasional Bhd pada 1981 sehingga Mac lepas.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid turut menyifatkan kadar itu sebagai berdaya saing iaitu dalam lingkungan lima peratus hingga 14 peratus setahun.

“Kadar tersebut lebih tinggi daripada kadar simpanan di bank-bank serta institusi simpanan wang yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2015 kali ke-16 di Sibu, hari ini. Sibu menjadi lokasi kedua bagi Sarawak setelah ia bertandang di Kuching pada MSAM 2010.

MSAM 2015 telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, yang turut dihadiri Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.

Ahmad Sarji berkata PNB turut diberi gelaran oleh penilai antarabangsa sebagai ‘jenama paling dipercayai’ kerana keupayaannya mengurus dana dengan baik dan amanah.

“Ia diuruskan berteraskan kepada nilai-nilai taat setia memegang amanah, diberi kepercayaan tidak menyalah, diberi tanggung jawab tidak berhelah,” katanya.

Pada masa ini, unit-unit amanah dalam edaran di bawah pengurusan PNB telah mencecah 202.37 bilion unit yang dilanggani seramai 12.34 juta pemegang unit.

Dana itu telah digunakan untuk membeli saham-saham dalam 200 syarikat serta hartanah yang pada masa ini nilainya mencecah berbilion-bilion ringgit.

Beliau turut menyuarakan penghargaan PNB terhadap sokongan rakyat Sarawak yang mana negeri itu kini menduduki tangga ketiga dari segi nilai pelaburan serta di tangga kelima bagi jumlah pemegang unit amanah saham di Malaysia.

“Sejumlah 20.67 bilion unit unit amanah saham PNB bernilai RM20.65 bilion telah dilanggani 1.22 juta rakyat Sarawak pada masa ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: PNB
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

BAM Sasar Beregu Lelaki Di Ranking Ke-16 Terbaik Dunia

Next Post

H1N1, HFMD, Meningoencephalitis Kes Terpencil

Related Posts

PNB Umum Dividen ASB 5.00 Sen Seunit

23/12/2021
0

Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan jumlah agihan pendapatan 5.00 sen seunit untuk dana Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan...

Merdeka 118 Cecah Paras Tertinggi Pada Tingkat 118

08/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Subsidiari milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), PNB Merdeka Ventures meraih satu peristiwa penting selepas menara ikoniknya...

Next Post

H1N1, HFMD, Meningoencephalitis Kes Terpencil

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd