• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pindaan Akta Hasutan Untuk Wujud Keamanan Mutlak

oleh Ahmad Albab
11/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Masyarakat tidak seharusnya melihat pindaan Akta Hasutan 1948 dari aspek teknikal perundangan saja kerana pindaan akta itu dilakukan untuk mewujudkan keamanan mutlak di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, pindaan akta itu juga tiada unsur menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan kerana ia adalah untuk mencegah masalah pada masa hadapan.

“Kami mahu mengelakkan sebarang permasalahan yang akan berlaku pada masa depan atau masa ini kerana keharmonian pelbagai agama dan kaum serta keamanan mutlak perlu diwujudkan melalui pindaan Akta Hasutan.

“Tidak ada juga unsur yang menggantikan ISA kerana ia adalah undang-undang pencegahan untuk elak sebarang kesalahan dan mengenakan hukuman yang agak berat kerana kami tidak boleh berkompromi dengan hal sensitif yang boleh mengganggu-gugat keselamatan negara,” katanya ketika melawat tapak pembinaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Pindaan Akta Hasutan 1948 yang mula dibahaskan pada 11.30 pagi Khamis diluluskan Dewan Rakyat selepas 14 jam dibahaskan di peringkat dasar dan jawatankuasa.

Ahmad Zahid turut menegaskan terdapat empat aspek utama mengapa pindaan itu dilaksanakan iaitu untuk menangani penghinaan agama dan penghinaan kaum di media sosial.

Selain itu, dua aspek lagi ialah untuk menangani masalah kumpulan militan yang mengajak rakyat Malaysia untuk meninggalkan negara ini dan menangani tindakan yang boleh menyebabkan kerosakan harta benda.

“Pada masa dahulu mungkin perkara ini hanya boleh dilakukan menerusi media cetak, elektronik mahupun ceramah tetapi pada hari ini ia boleh dilakukan di media sosial,” kata beliau.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pembinaan IPK Johor, di sini, yang sebelum ini terbengkalai, dijangka siap pada Ogos 2016 selepas diambil alih kontraktor baharu sejak Februari tahun lalu.

Beliau berkata pembinaan dengan kos RM72.8 juta itu sedang giat dijalankan dan kontraktor terdahulu yang gagal menyiapkan sudah disenaraihitamkan.

Beliau menjelaskan di seluruh negara pada ketika ini terdapat empat projek membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikategorikan sebagai ‘sakit’ kerana kegagalan teknikal kontraktor dan sedang dipantau teliti oleh pihaknya. – BERNAMA

Tags: Akta Hasutan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kes Tikam: Ibu Tak Sangka Bekas Tunang Masih Berdendam

Next Post

Kuasai Ilmu Kepenggunaan Tangani Kenaikan Harga Barang

Related Posts

Polis Cadangkan Hadi Dituduh Bawah Akta Hasutan

Polis Cadangkan Hadi Dituduh Bawah Akta Hasutan

04/09/2023
0

Polis akan mencadangkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menuduh Presiden PAS Abdul Hadi Awang bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan...

Ahli DAP Paloh Direman Tiga Hari Bawah Akta Hasutan

11/04/2022
0

Seorang ahli DAP bahagian Paloh ditahan di rumahnya lewat tengah malam tadi kerana didakwa menghasut melalui kiriman Facebook yang dibuat...

Next Post

Kuasai Ilmu Kepenggunaan Tangani Kenaikan Harga Barang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd