• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala AFC: JDT Tewaskan Kitchee SC 2-0

oleh Ahmad Albab
15/04/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menampilkan aksi bertenaga untuk menewaskan Kitchee SC 2-0 pada saingan Kumpulan F Piala AFC di Stadium Larkin di sini, malam tadi.

Kejayaan JDT itu yang sebelum ini tumpas 0-2 ke atas pasukan dari Hong Kong tersebut di tempat lawan, membolehkan mereka menghuni semula tangga teratas Kumpulan F, setelah mengutip sembilan mata, manakala Kitchee SC di tempat kedua dengan tujuh mata.

Wakil dari India, East Bengal di tempat ketiga denga empat mata, sementara pasukan Balestiar Khalse dari Singapura di kedudukan tercorot kumpulan berkenaan dengan tiga mata.

Pada aksi malam ini, JDT lebih banyak mengasak pintu gol lawan sejak dari awal permainan.

Usaha mereka berhasil apabila gol pertama pasukan kendalian Bojan Hodak itu hadir pada minit ke-17 menerusi pemain import, Luciano Figueroa yang berjaya menyempurnakan hantaran leret ketua pasukan Safiq Rahim.

Lo Kwan Yee hampir menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-22, namun percubaan beliau dari sepakan jarak jauh berjaya dihalang penjaga gol JDT, Mohd Izham Tarmizi Roslan.

Safiq terus bertindak cemerlang apabila menjaringkan gol kedua skuad Harimau Selatan melalui sepakan penalti pada minit ke-42, selepas pertahanan lawan menjatuhkan S. Kunanlan dalam kotak penalti.

Bersambung babak kedua, JDT dan Kitchee SC saling berbalas serangan, namun kedua-dua pasukan buntu menjaringkan gol.

JDT akan bertemu East Bengal di tempat lawan pada 28 April ini. – BERNAMA

Tags: JDTPiala AFC
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pasar Karat Meriahkan Malam Di Pekan Rengit

Next Post

Awal Ashaari Dedah Barangnya Dicuri Ketika Kemalangan

Related Posts

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

05/05/2025
0

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan bahawa perbelanjaan kelab Harimau Selatan adalah antara yang paling rendah...

Bidoglio Bangga Dengan Prestasi JDT

Bidoglio Bangga Dengan Prestasi JDT

17/04/2025
1

KETUA Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio melahirkan rasa bangga dengan komitmen ditunjukkan barisan pemainnya selepas berjaya mencatat kemenangan...

Next Post

Awal Ashaari Dedah Barangnya Dicuri Ketika Kemalangan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd