AKIBAT cuaca buruk yang teruk, sebuah pesawat Delta yang dalam penerbangan dari Paris ke Newark, New Jersey terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Logan, Boston, Rabu lalu.
Bercerita mengenai situasi getir itu, penumpang Delta Flight 271 mendakwa pesawat mereka seolah-olah digoncang oleh ‘King Kong’ di utara ekoran berlakunya gegaran yang kuat.
Insiden ini juga mengakibatkan dua daripada penumpang pesawat itu terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan.
Manakala, beberapa penumpang lain yang mengalami pening kepala dan cedera ringan telah mendapatkan rawatan di lapangan terbang.
Berikutan itu, penumpang meminta untuk berehat kerana fobia untuk meneruskan penerbangan.
Pesawat Delta itu dikatakan membawa seramai 180 penumpang dan 11 kru. – MYNEWSHUB.CC

