• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perpaduan UMNO Kedah Di Tahap Paling Tinggi

oleh Ahmad Albab
18/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata perpaduan dan kesepakatan UMNO Kedah berada pada tahap yang paling tinggi pada masa ini.

Justeru itu, katanya situasi politik UMNO Kedah bukanlah suatu keadaan yang getir dan tidak perlu dibimbangkan.

“…kita tidak langsung mengalami satu keadaan getir. Janganlah merasa risau, bimbang dan seriau dengan keadaan semasa, ia akan berlalu. Apa pun, biarlah pemimpin teratas menguruskannya.

“Kita tetap bukan sekadar menyokong, tetapi melalui jentera parti yang paling setia dan kuat kepada parti,” katanya ketika berucap merasmikan Skuad Annur anjuran Biro Agama Pergerakan Wanita Umno negeri di sini, hari ini.

Mukhriz turut memuji Wanita Umno negeri yang dilihat sentiasa memupuk kasih sayang ketika situasi politik sekarang yang diasak dengan kebencian dan kemarahan.

“Dalam keadaan kita diasak dari pelbagai sudut, dengan kebencian dan kemarahan, wanita sentiasa memupuk kasih sayang dalam masyarakat kita, ini satu perkara penting dan tidak mudah dilakukan,” katanya.

Mukhriz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri berkata cukup mudah menimbulkan perasaan benci dengan melemparkan tohmahan dan dakyah, justeru katanya hanya kasih sayang yang boleh mengatasi perkara itu.

Baru-baru ini, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin meminta Mukhriz meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar sekiranya gagal menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. – BERNAMA

https://youtu.be/m8ggoy2Ma0I

Tags: Mukhriz Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

Najib Sekolahkan Mukhriz

04/05/2021
0

Jika RM33b dana BNM tak lesap masa ayah kamu dan kesemua dimasukkan dalam tabung KWAN dengan purata pulangan 6.3% setahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd