• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perayaan Kemahkotaan Sultan Johor Berakhir

oleh Ahmad Albab
21/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Istiadat Menurun Bendera Meletak Kerja dilakukan hari ini sebagai simbolik berakhirnya perayaan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, sejak bulan lepas.

Istiadat disempurnakan di Tugu Peringatan Istana Besar, di sini, mulai 9 pagi dengan disaksikan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli.

Upacara istiadat dimulakan dengan doa oleh Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Shamsudin sejurus Datuk Penghulu Istiadat Datuk Abdul Latiff Yusoff menyeru memulakan majlis.

Penurunan bendera dilakukan dengan diiringi lagu turun bendera oleh Askar Timbalan Setia Negeri Johor dan bendera kemudian diserahkan kepada Abdul Rahim.

Turut hadir menyaksikan istiadat itu, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor Datuk Noh Gadut, exco kerajaan negeri dan ketua jabatan kerajaan.

Bendera berkenaan dinaikkan sejak 16 Mac lepas menerusi Istiadat Meletak Kerja sebagai simbolik bermulanya Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim.

Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor moden diadakan pada 23 Mac lepas, di Istana Besar, di sini. – BERNAMA

Tags: Sultan Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

27/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari...

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

27/09/2023
0

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penamaan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd