• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyalahgunaan Dadah Jenis Sintetik Meningkat – Polis

oleh Ahmad Albab
10/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Penyalahgunaan dadah jenis sintetik seperti syabu dan pil kuda semakin meningkat di negara ini berbanding dadah jenis tradisional seperti heroin dan ganja.

Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan,Pencegahan, Kepolisan Am) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Jamaludin Kudin berkata pada tahun lepas, 81,435 penagih ditangkap kerana terlibat dengan dadah sintetik berbanding 39,940 penagih dadah jenis tradisional.

“Kami anggarkan setiap tahun ia meningkat sebanyak 10 peratus,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan di sini, malam tadi.

Beliau berkata pihak polis telah lama memerangi dadah tradisional dan masalah itu masih belum selesai, kini ditambah pula penggunaan dadah sintetik yang mudah diperoleh.

Katanya sindiket dadah jenis sintetik ini mempunyai kemampuan kewangan yang besar termasuk untuk mengupah pakar kimia yang paling bijak untuk menghasilkan dadah jenis berkenaan.

Jamaludin berkata sindiket ini juga aktif untuk mencari pengedar dan penagih baharu termasuk kalangan pelajar sekolah untuk meneruskan perniagaan mereka.

Sehubungan itu, beliau mahu semua pihak termasuk masyarakat bekerjasama dengan polis bagi mengatasi masalah berkenaan.

Beliau juga berkata pada tahun lepas, jumlah pengedar dadah yang ditahan di seluruh negara seramai 16,193 orang manakala 158,234 adalah penagih baharu dan berulang. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=yM-AKlUrqXE

Tags: dadahpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd