• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Pasar Awam Gembira Dengan Keprihatinan TPM

oleh Ahmad Albab
12/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Peniaga di Pasar Awam Seberang Jaya jelas gembira dengan keprihatinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bertanyakan keadaan dan masalah mereka semasa Timbalan Perdana Menteri melakukan tinjauan mesra di pasar itu hari ini.

“Saya sempat meluahkan masalah peniaga di sini seperti masalah tempat sesak serta keadaan bumbung yang sudah lama serta pembaharuan ruang yang selesa diperlukan,” kata peniaga kedai makan, Haji Abdul Rahman Amir Hussin.

Peniaga berusia 64 tahun itu berkata dia berasa teruja apabila kedainya dipilih Muhyiddin untuk bersarapan.

“Tidak sangka Timbalan Perdana Menteri akan menjamu selera di sini. Beliau dijamu roti jala, roti canai dan kuih-muih seperti karipap, kuih seri muka dan lompang atas permintaannya,” kata pemilik Aabah Kafe yang sudah beroperasi selama 20 tahun itu kepada pemberita.

Muhyiddin melakukan lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang dan antara atur cara beliau ialah mengadakan mesyuarat dengan pimpinan Barisan Nasional (BN) negeri bagi persiapan menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei ini.

Muhyiddin yang turut beramah mesra dengan peniaga dan orang ramai di pasar itu kira-kira 30 minit, turut menerima bunga ros daripada peniaga N. Komathi ketika singgah di kedai wanita berusia 61 tahun itu.

“Saya sangat seronok apabila nampak Timbalan Perdana Menteri datang kedai saya dan bertanya khabar. Jadi saya bagi bunga ros dan ia adalah kali pertama saya memberi bunga kepada pemimpin,” katanya yang sudah lima tahun berniaga di situ.

PRK Parlimen Permatang Pauh diadakan selepas kerusi itu diisytihar kosong apabila penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen bagi pengampunan diraja yang dipohon keluarga Anwar atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh, Selangor.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 April ini hari penamaan calon manakala pengundian awal 3 Mei dan hari pengundian 7 Mei. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=9htM06vyexg

Tags: peniaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

30/05/2025
0

MELAKA – Dua rakan yang juga penjual makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat...

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

03/02/2025
0

GEORGETOWN: Dua lelaki direman tujuh hari hari ini bagi membantu siasatan kes peniaga parah akibat dikelar dengan pisau di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd