• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penguatkuasaan Bersepadu Kurangkan Kes Kesalahan Hutan

oleh Ahmad Albab
03/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Penguatkuasaan bersepadu antara Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk) dan agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar berjaya mengurangkan kes kesalahan hutan, sidang Dewan Undangan Negeri Perak diberitahu Jumaat.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata bilangan kes kesalahan hutan yang dikesan pada tahun 2014 berkurangan kepada 40 kes daripada 45 kes pada 2013 dan 60 kes tahun sebelumnya.

“Jumlah kutipan kompaun daripada kesalahan hutan pada tahun 2014 adalah sebanyak RM529,400, 2013 menurun kepada RM282,448.21 dan RM390,420 pada 2012,” katanya ketika menjawab soalan lisan Wong May Ing (DAP-Pantai Remis).

Katanya pelbagai usaha telah dijalankan dalam menguatkuasakan undang-undang terhadap kegiatan pembalakan haram termasuk mengadakan pemantauan hutan melalui udara, menjalankan operasi penguatkuasaan bersepadu dan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

“NBOS melibatkan agensi seperti Pejabat Daerah dan Tanah Gerik, Perbadanan Taman Negeri Perak, polis, tentera dan Rela (Jabatan Sukarelawan Malaysia),” katanya.

Selain itu, Zambry berkata JPNPk turut menjalankan aktiviti pemantauan berkala dan mengguna pakai teknologi moden penderiaan jauh (satelit) menerusi projek Pemantauan Hutan Menggunakan Remote Sensing (FRMS).

“Aktiviti itu dijalankan dengan kerjasama Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Agensi Remote Sensing Malaysia untuk tujuan pengesanan pembalakan haram.

“Untuk penguatkuasaan, JPNPk mempunyai peruntukan undang-undang berdasarkan Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313), Kaedah-kaedah Hutan 1988, Enakmen Industri Berasas Kayu 1987,” katanya.

Beliau berkata JPNPk turut menjalin kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dalam menyelesaikan isu penerokaan hutan oleh masyarakat Orang Asli.

“Kawasan yang diteroka akan dipulihkan dengan menanam pokok-pokok sebagai langkah menghijaukan semula kawasan hutan untuk memelihara alam sekitar bagi tujuan pengurusan hutan secara berkekalan,” katanya.

Zambry berkata sehingga Disember 2014, seluas 159,866 hektar di negeri ini telah diwartakan sebagai kawasan Hutan Tadahan Air dalam hutan simpanan kekal.

“Ini secara langsung memenuhi kehendak Dasar Perhutanan Negara dan Rancangan Fizikal Negara (RFN) terutama melibatkan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) dan pembangunan berpandukan Rancangan Struktur Negeri dan Tempatan,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri juga terlibat secara langsung dalam usaha memelihara habitat fauna melalui projek koridor ekologi ‘Central Forest Spine’ (CFS).

“CFS diwujudkan bagi menangani fragmentasi hutan yang dikenal pasti sebagai satu daripada ancaman kepada pemuliharaan khazanah biodiversiti negara dan menyumbang kepada peningkatan konflik antara manusia dan hidupan liar,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=mCga1RgJgXE

Tags: hutanZambry Abdul Kadir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Imigresen Tahan 563 Pati Di Terengganu Dalam Tempoh 4 Bulan

Next Post

Mayat Lelaki Ditemui Di Perangkap Sampah

Related Posts

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

20/04/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, bersetuju moratorium pelawaan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) Swaakreditasi dilaksanakan bagi...

PPS Bertambah, 1,813 Mangsa Dipindahkan Di Kedah

Kes Bunuh Warga Sri Lanka: 2 Suspek Dicekup Sembunyi Dalam Hutan

28/09/2023
0

KUALA LUMPUR: Dua suspek dikehendaki berhubung kejadian bunuh tiga warga Sri Lanka Khamis lalu ditahan ketika bersembunyi di dalam hutan...

Next Post

Mayat Lelaki Ditemui Di Perangkap Sampah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd