• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penghijauan Semula Cameron Highlands Giat Dilaksana

oleh Ahmad Albab
06/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Program penghijauan semula Cameron Highlands sedang giat dilaksanakan melalui aktiviti penanaman semula pokok-pokok di kawasan ladang haram yang telah dibersihkan melalui Ops Gading yang bermula 4 Dis lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata sehingga kini sebanyak 6,000 pokok telah ditanam semula di 526 hektar hutan simpan kekal yang diceroboh secara haram di kawasan peranginan itu.

“Aktiviti penanaman semula itu telah dilakukan sebanyak dua kali dan kali terakhir pada 8 Mac lepas di Hutan Simpan Chiku,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Dr Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) yang meminta kerajaan menyatakan perancangan bagi menyelesaikan masalah pencerobohan tanah dan perladangan haram di Cameron Highlands serta memastikan bencana alam tidak berulang lagi di kawasan tanah tinggi itu.

Shahidan yang juga anggota Parlimen Arau berkata sehingga hari ini seluas 1,336 hektar ladang tanaman haram di kawasan peranginan itu telah dimusnahkan melalui Ops Gading yang bertujuan membersihkan pencerobohan tanah di Cameron Highlands.

Katanya, selain program penghijauan Cameron Highlands di bawah selian Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia itu, kerajaan turut melaksanakan kerja-kerja rancangan tebatan banjir di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bermula 20 Jan lepas dan kini sedang berjalan rancak.

Langkah lain termasuk melaksanakan kajian semula rancangan tempatan daerah Cameron Highlands oleh agensi kerajaan dengan melakukan tindakan pemulihan, pengekalan dan penambahbaikan bagi memulihkan Cameron Highlands.

“Perincian kos tahunan untuk program pemulihan Cameron Highlands ini terutama Ops Gading RM7 juta, program penghijauan (RM54 juta) manakala rancangan tebatan banjir (RM40 juta),” katanya.

Kepada soalan tambahan Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) yang bertanyakan mengenai sama ada wujud kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri bagi memulihkan kembali Cameron Highlands menjadi pusat peranginan tersohor, Shahidan memberitahu kerjasama seumpama itu sememangnya wujud.

Shahidan berkata kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri telah menemui beberapa kejayaan antaranya mengenakan pelbagai tindakan kepada penceroboh haram dan penangkapan Pendatang Asing Tanpa Izin.

Katanya, pendatang dari Rohingya yang memegang kad Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) juga tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan kerana kad itu hanya membenarkan mereka tinggal secara sementara di negara ini dan bukannya kebenaran untuk bekerja.

“Kerajaan telah membuat keputusan mengenai perkara ini dan kita akan umum tidak lama lagi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Cameron HighlandsShahidan Kassim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Luahan ‘Wanita’ Gambar Kad Pengenalan Tersebar

Next Post

Shahrir Samad: Najib Akan Jawab Kritikan Tun Mahathir

Related Posts

‘Pemberi Maklumat Perlu Dilindungi, Akta Kebebasan Maklumat Tak Boleh Dibuat Tergesa-gesa’

Dewan Rakyat Kecoh Shahidan Dakwa Jimmy Puah Sokong Israel

30/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh seketika selepas Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) mendakwa Jimmy Puah (PH-Tebrau) mengeluarkan kenyataan menyokong Israel....

Shahidan Kemuka Usul Tergempar Benarkan Pengeluaran Bersasar KWSP

Shahidan Kemuka Usul Tergempar Benarkan Pengeluaran Bersasar KWSP

20/02/2023
0

Kuala Lumpur : Biarpun usulnya ditolak Yang Dipertua Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim tetap komited mengusulkan...

Next Post

Shahrir Samad: Najib Akan Jawab Kritikan Tun Mahathir

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd