Sample Page Title

Akibat penambahan caj Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada pembelian kad tambah nilai prabayar, ramai peruncit mengeluh dan rela untuk tidak menjualnya kepada pengguna kerana terpaksa bertikam lidah bagi menerangkan isu sebenar.

Bukan itu sahaja, tindakan tersebut juga diliht rasional bagi mengelakkan mereka dari menanggung kerugian.

Rata-rata pekedai yang menjual kad prabayar tidak layak mendaftar bagi mengenakan GST kerana perolehan keuntungan yang tidak mencecah RM500,000 setahun seperti yang termaktub dalam syarat.

[BERKAITAN: Kad Tambah Nilai Prabayar Dikenakan GST]

Namun demikian, mereka terpaksa berhadapan dengan tambahan enam peratus GST dari pihak pengedar sendiri andai ingin menjualnya.

Memetik kenyataan salah seorang peruncit, Shamsuddin Moidutty, seperti yang disiarkan portal Malaysiakini, “Kita peniaga kecil tidak daftar GST, (kita) tak boleh kenakan GST kepada pelanggan, tapi barang yang kita ambil (dari pengedar) kena GST.”

resit-topup-celcom-600x360

Tambahnya lagi, dia terpaksa berhadapan dengan kerenah pelanggan yang merungut kerana penambahan enam peratus dari nilai kad prabayar yang dibeli.

Menurut seorang lagi peniaga, Amin Mohd Saman, dia hanya memperolehi keuntungan satu peratus dari jualan kad prabayar bernilai RM10 semasa GST belum dikuatkuasakan.

“Kalau dah kena GST, saya tanggung cukai orang dan jual kad prabayar ini tidak ada untung langsung.


“Kalau pelanggan tidak beli kad prabayar pun saya tidak rugi, saya malas hendak bergaduh dengan pelanggan jadi saya suruh saja beli di kedai serbaneka.”

Namun demikian, untuk menarik pelanggan ke kedainya, penjualan kad prabayar terpaksa diteruskan.

“Untung memang tidak ada, saya jual kad lama yang saya beli sebelum GST. Tak tahu stok tahan sampai bila…

“Biasanya kalau pelanggan datang beli kad prabayar, mereka akan beli barang lain juga jadi kad prabayar ini macam pelaris kedai saja.”

– MYNEWSHUB.CC

Astro Awani – Telco Beri 6%Tambahan Perkhidmatan & Kekal GST

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

MOF, MIDA Teliti Insentif Khusus Pelaburan DNeX, Foxconn

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MOF) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sedang meneliti...

Mahkamah: Lelaki Dituduh Tetak Jaga Berdepan Hukuman Mati

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki yang melakukan kerja-kerja kampung berdepan hukuman mati selepas dihadapkan...

706 Notis Saman Sepanjang 8 Hari Ops Lejang

Ipoh : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengeluarkan 706 notis saman membabitkan pelbagai kesalahan...

Israel, Palestin Umum Gencatan Senjata

GAZA : Israel dan kumpulan pejuang Jihad Islam Palestin mengumumkan gencatan senjata dengan harapan...

2,728 Kes Baru, Enam Lagi Kematian Covid-19

Sebanyak 2,728 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,708,552.Ikuti Mynewshub: TelegramJumlah kes...

Pemansuhan UPSR, PT3 Jadikan PBS Lebih Berkesan

KUALA LUMPUR : Pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)...

Jumpa Bom Lama Di Tapak Projek ECRL

KUANTAN - Sebutir bom lama dipercayai jenis Trench Mortar HE 2inc yang ditemui di...