• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penggangur Diberkas Cuba Curi Kereta Tok Imam

oleh Ahmad Albab
29/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seorang penganggur diberkas ketika dia cuba melarikan sebuah kereta milik seorang imam di masjid di Kampung Batu Rakit di sini Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Idris Abd Rafar berkata kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu bagaimanapun disedari beberapa jemaah yang melihat dua lelaki dalam keadaan mencurigakan berada berhampiran kereta tersebut yang terletak di perkarangan masjid, sebelum mereka menghubungi pihak polis.

Bagaimanapun cubaan pencuri untuk melarikan kenderaan itu bukan mudah kerana enjinnya tidak dapat dihidupkan kerana kereta itu tersadai di situ sudah hampir setahun.

Ini memberi kesempatan kepada pihak polis untuk tiba di masjid itu dan menahan seorang suspek berusia 31 tahun manakala rakannya sempat melarikan diri.

“Pemeriksaan mendapati kedua-dua pencuri itu datang ke masjid berkenaan dengan kereta yang nombor pendaftarannya adalah palsu dan dilapor dicuri di Kelantan,” katanya.

Idris berkata pihak polis menemui pelbagai alatan untuk mencuri termasuk kunci, bateri, pemutar skru serta minyak kereta dalam kereta suspek.

Beliau berkata suspek yang ditahan turut mempunyai rekod lampau bersabit kesalahan dadah.

Seorang lagi suspek yang bebas yang merupakan perancang utama kumpulan itu sedang diburu.

Bagi tempoh Januari hingga setakat ini bulan ini, sebanyak 33 kes pecah cermin kenderaan di kawasan masjid telah direkodkan selain tujuh kes membabitkan curi harta benda dalam masjid serta 12 kes curi motosikal di kawasan masjid dilaporkan di daerah ini. – BERNAMA

Tags: curi kereta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pernah Alami ‘Mu No Kyochi’? Pandu Kereta Tiba-Tiba Sudah Sampai, Tak Ingat Perjalanan

Pernah Alami ‘Mu No Kyochi’? Pandu Kereta Tiba-Tiba Sudah Sampai, Tak Ingat Perjalanan

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pernah tiba di rumah selepas memandu dari tempat kerja tanpa mengingati perjalanan yang dilalui? Atau...

Berhati-Hati Beli Kereta Sambung Bayar…

Berhati-Hati Beli Kereta Sambung Bayar…

09/01/2026
0

Berhati-hati beli kereta secara sambung-bayar terutama melalui Facebook. Malam semalam #YYCC melondehkan scammer sambung-bayar kereta yang telah menipu lebih dari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd