• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelakon Cilik Sitkom ‘Everybody Loves Raymond’ Bunuh Diri

oleh AK-47
26/04/2015
dalam Artis, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON: Sawyer Sweeten, yang terkenal sebagai salah seorang anak kembar lelaki dalam sitkom popular Everybody Loves Raymond, meninggal dunia pada usia 19 tahun akibat bunuh diri, semalam, menurut laporan media AS.

“Pagi ini,satu tragedi menyedihkan telah menimpa keluarga kami” kata Madylin Sweeten, yang merupakan kakak kepada mendiang, kepada majalah Variety.

“Dukacita kami umumkan, bahawa adik, anak lelaki dan rakan kesayangan kami, Sawyer Sweeten, telah mengambil nyawanya sendiri. Mendiang bakal menyambut hari lahirnya yang ke-20 beberapa minggu lagi.”

Sweeten dilaporkan telah menembak dirinya sendiri semasa menziarahi rumah ahli keluarganya di Texas.

Mendiang memegang watak bernama Goeffrey Barone dalam siri komedi tersebut. Everybody Loves Raymond meraih populariti mengagumkan sepanjang tempoh siarannya pada tahun 1996-2005.

Adik kembar Sawyer, Sullivan, dan kakak kandungnya, Madylin turut sama berlakon di dalam sitkom itu sebanyak 139 episod.

Saudara kembar tersebut memulakan karier sebagai pelakon Everybody Loves Raymond sejak berusia 16 bulan, memetik daripada Variety.

“Dalam masa yang sensitif ini, keluarga kami memohon agar privasi kami dihormati dan kami merayu agar anda semua sentiasa luangkan masa untuk orang yang tersayang,” tambah Madilyn.-AFP

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=eEsxEHY_spg&w=420&h=315]

Tags: Artisbunuh diri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

12/02/2026
0

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd