• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Murid Lain Di SRJK Pay Teck, Melaka Bebas Simptom H1N1

oleh Ahmad Albab
16/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Tiada murid lain di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pay Teck di sini dikesan mempunyai simptom Influenza A atau H1N1, misalnya demam panas, kata Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka Datuk Md Yunos Husin.

Beliau berkata sehingga kini, kerajaan negeri juga tidak menerima laporan tentang jangkitan itu tersebar kepada individu lain, selain seorang murid lelaki Tahun Lima di sekolah tersebut yang telah meninggal dunia.

“Ini semua menunjukkan keadaan masih terkawal di Melaka dan sekolah tersebut akan dibuka seperti biasa esok. Ibu bapa tidak perlu bimbang kerana semua agensi kerajaan sedang bekerja keras memantau perkara ini.

“Saya juga berharap agar tiada pihak yang menyebar khabar angin bagi mengelak orang ramai panik dan takut. Periksa dahulu sumber maklumat anda,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.

Murid berusia 10 tahun itu koma sebelum meninggal dunia tengah malam tadi di sebuah hospital swasta di sini selepas dimasukkan ke hospital tersebut untuk mendapatkan rawatan pada Jumaat lepas.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam hari ini berkata punca sebenar kematian murid itu tidak dapat disahkan kerana mangsa dijangkiti virus H1N1 dan radang otak pada masa yang sama.

– mStar

Tags: H1N1
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Peruntuk US$300,000 Untuk Projek ‘STEM’ IBE

Next Post

Gadis Bertudung Putih Itu Bakal Isteri Zizan..?

Related Posts

Kematian COVID-19 10 Kali Ganda Berbanding H1N1 – WHO

14/04/2020
0

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan, kematian akibat COVID-19 adalah 10 kali ganda daripada wabak H1N1 yang pernah menyebabkan...

SK Stella Maris Ditutup, 7 Pelajar Positif Influenza

22/01/2020
0

KOTA KINABALU - Sekolah Kebangsaan (SK) Stella Maris Tanjung Aru di sini ditutup selama seminggu bermula hari ini selepas tujuh...

Next Post

Gadis Bertudung Putih Itu Bakal Isteri Zizan..?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd