• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pecah Rumah: Banduan Dapat Hukuman Tambahan

oleh Ahmad Albab
03/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang banduan yang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana pecah rumah, terpaksa akur menerima hukuman penjara tambahan lapan tahun lagi selepas dia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan memecah masuk sebuah rumah lain.

Ruzaini Abdullah, 38, yang dipenjara lima tahun sejak Ogos tahun lepas, mengaku bersalah memecah rumah Tan Lee Hing @ Tang Lee Hing, 48, untuk mencuri beberapa barangan termasuk telefon bimbit, barangan kemas bernilai RM25,000 dan wang tunai RM1,200 yang kesemuanya berjumlah RM45,000 pada 2013.

Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh memerintahkan Ruzaini menjalani hukuman penjara lapan tahun itu setelah selesai hukuman penjara lima tahun.

Ruzaini, bekas pemotong rumput, didakwa melakukan kesalahan itu di rumah 111, Jalan Helang Kepong Baru, Sentul di sini antara 3 hingga 6.15 petang, 1 Mac 2013.

Dia didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan didenda atau sebat.

Sebelum ini, dia mengaku bersalah memecah masuk sebuah rumah di Subang Jaya pada 5 Ogos 2014.

Ketika rayuan, Ruzaini yang tidak diwakili peguam, merayu supaya hukuman berjalan serentak dengan hukuman penjaranya sekarang.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya Norazlin Mohamad Yusoff memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal agar menjadi pengajaran kepada tertuduh dan orang lain. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=mH5FFzP-ces

Tags: banduankes samun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banduan Seludup Dadah Ke Penjara Marang, Peguam Ditahan Bantu Siasatan

Banduan Seludup Dadah Ke Penjara Marang, Peguam Ditahan Bantu Siasatan

01/01/2026
0

KUALA TERENGGANU: Seorang peguam ditahan selepas disyaki bersubahat dengan banduan untuk menyeludup masuk dadah ke Penjara Marang, dekat sini. Ketua...

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd