• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan Penyiasat MH370 Tingkat Keselamatan Perjalanan Udara

oleh Ahmad Albab
19/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Pasukan Penyiasat Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia mengenai Penerbangan MH370 Malaysia Airlines (MAS) yang hilang pada 8 Mac tahun lepas, sentiasa berusaha meningkatkan kualiti dan standard keselamatan industri penerbangan.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata walaupun pasukan itu sedang melakukan penyiasatan terhadap kehilangan pesawat itu, namun objektifnya tetap sama iaitu untuk mencegah berulangnya kejadian nahas.

“Aktiviti ini bukan bertujuan mencari kesalahan atau liabilti berhubung nahas itu,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika dihubungi Bernama selepas Mesyuarat Tiga Pihak melibatkan Malaysia, Australia dan China untuk mengkaji semula usaha mencari pesawat Boeing yang hilang itu.

Mesyuarat itu diadakan di Kuala Lumpur pada Khamis lepas.

Abdul Aziz berkata: “Berdasarkan maklumat fakta yang dikumpul pasukan penyiasat, kami dapat menggubal pelan strategi untuk meningkatkan tahap keselamatan perjalanan udara, dan sekali gus memulihkan keyakinan orang ramai bahawa perjalanan udara adalah kaedah pengangkutan paling selamat.”

Katanya kaedah pengangkutan lain tidak dibuat penelitian, disiasat dan dipantau seketat penerbangan komersial.

Pasukan penyiasat antarabangsa 19 anggota itu diketuai Malaysia dan diterajui oleh Datuk Kok Soo Chon.

Kok adalah bekas ketua pengarah Jabatan Penerbangan Awam dan bekas wakil tetap Malaysia dalam Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO di Montreal.

Pasukan itu mengandungi tiga jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Operasi, Jawatankuasa Layak Terbang dan Jawatankausa Faktor Perubatan/Kemanusiaan, yang masing-masing diketuai seorang pengerusi.

Turut menganggotai pasukan itu ialah wakil daripada tujuh pertubuhan kemalangan udara dan penyiasatan kejadian antarabangsa.

Pertubuhan berkenaan ialah Biro Keselematan Pengangkutan Australia; Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara United Kingdom (UK); Biro Penyiasatan Kemalangan Udara Singapura; Bureau d’Enquêtes et d’Analyses pour la Sécurité de l’Aviation civile of France; Pentadbiran Penerbangan Awam China; Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat; dan Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional Indonesia.

Pasukan itu juga disertai Boeing, sebagai wakil bertauliah dari Amerika Syarikat, serta Rolls Royce dan Inmarsat, sebagai wakil bertauliah dari UK.

Abdul Aziz, yang mempengerusikan Jawatankuasa Teknikal, berkata: “Sejurus selepas kehilangan Penerbangan MH370 MAS, sebuah pesawat Boeing 777-200ER dengan pendaftaran 9M-MRO hilang, kami mengumpul petugas berkelayakan daripada industri untuk menjalankan siasatan.”

Menurutnya siasatan dijalankan mengikut standard ditetapkan Lampiran 13 Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa (Konvensyen Chicago) untuk memastikan tahap kecekapan, ketelusan dan kewibawaan.

Pesawat itu yang dalam perjalanan ke Beijing bersama-sama 239 orang (227 penumpang dan 12 anak kapal) berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang pada 12.42 tengah malam 8 Mac 2014.

Tidak sampai 40 minit setelah berlepas, pengawal trafik udara terputus hubungan radar dengan pesawat berkenaan setelah ia melintasi titik laluan IGARI. – BERNAMA

Tags: Aziz KaprawiMH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd