Tuesday, December 5, 2023

Creating liberating content

‘Penceraian Politik’ Buka Gelanggang...

KUALA LUMPUR - 'Perceraian politik' di antara PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)...

3 Kawasan Di Sabah...

KOTA KINABALU - Kualiti udara di tiga kawasan di Sabah mencatatkan Indeks Pencemaran...

Zamihan Saman FMT, MMO,...

KUALA LUMPUR - Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Dr. Zamihan...

LLM Nafi Tutup Lebuh...

KUALA LUMPUR - Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menafikan penyebaran maklumat di media sosial...

Pasport Hilang Ditemui Semula Tak Boleh Digunakan

PUTRAJAYA – Individu yang telah membuat laporan mengenai kehilangan atau kecurian Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) mulai 1 Januari 2010 dilarang menggunakan dokumen itu jika dijumpai semula.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Alwi Ibrahim, dalam satu kenyataan hari ini, berkata larangan itu untuk mengelakkan sebarang kesulitan di pintu masuk antarabangsa.

“Ini kerana PMA yang pernah direkodkan hilang akan kekal dalam rekod Polis Antarabangsa (INTERPOL) dan dianggap tidak lagi sah serta tidak akan dibenarkan melalui sempadan/pintu masuk antarabangsa dengan menggunakan dokumen itu,” katanya.

Alwi berkata, bagi mengelakkan sebarang kesukaran dan implikasi negatif kepada kes-kes sebegini, KDN menyeru agar warga Malaysia mengambil perhatian serius peringatan itu.

“Langkah yang diambil ini adalah bertujuan memastikan kredibiliti dan integriti PMA tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak,” katanya.


Alwi berkata, warga negara Malaysia boleh memohon PMA baharu daripada Jabatan Imigresen Malaysia dengan mengemukakan salinan laporan polis dan yang berkaitan sebagai bukti kehilangan atau kecurian PMA terdahulu.

Mulai 1 Februari tahun ini, KDN dilaporkan mewajibkan individu yang kehilangan PMA sama ada di dalam negara atau luar negara membuat laporan di balai polis berdekatan. – BERNAMA

https://youtu.be/GFjuFGbDSkY

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori